Binatang Peliharaan...

Apr 27, 2010

Nuffnang Project 6 bulan! ( Melingkup )

 

Semalam gua duduk bertengek depan Skrin Notebook nak buat entry baru ape benda gua nak taip ni... sambil jari menekan login melihat-lihat akaun Nuffnang yang dah dua bulan daftar... memang dari apa yang gua pelajari dari otai Redmummy.com kalau setakat setahun dua adalah lumrah kalau akaun masih ditahap ringgit-ringgit jadi dengan kenyataan camgitu gua rasa takat gua yang baru sebulan dua ni ape la sangat.....tapi gua teringat pada Dato yang sebulan lebih awal buka akaun dari gua tapi dah dapat hasil yang boleh kata kerek jugak la untuk newbie cam kami ni.

Bila melihat gua yang tersangguk-sangguk depan Notebook Mentara Guru bertanya berbaloi ke gua buat blog ni semua, sampai makan minum tidur jadi tak teratur lagi. Pertanyaan yang paling selalu dia tanya ape hasil gua bikin ni semua ... Tapi bila gua terangkan pada Mentara Guru gua dah takde hobi baru untuk diketengahkan disamping gua rasa bila berblog gua rasa enjoy sesangat banyak idea-idea yang nak gua sampaikan dan huraikan berkenaan Politik, sosial, personaliti, filem, keibu bapaan, gaya hidup masyarakat, keagamaan iishh banyak lahh yang gua nak ketengahkan apa yang ada dalam kepala hangguk gua ni semua kalau boleh gua nak taip derr... dan yang palingg utama selain buat blog boleh buat duit jugak, gua tunjuk atikel Redmummy pada Mentara Guru untuk mendapat sedikit provokasi..."amacam gerek tak ? " gua tanya Mentara Guru.

Gua cerita lagi yang mana sahabat angkat gua Dato turut telah berjaya dalam lapangan berblog dengan Nuffnang ni, berserta lagi hujah yang mana gua dengar dari Dato yang dia ada member yang tak aktif selama 6 bulan tapi dah ada RM10...dalam akaun Nuffnang.. ha macam mana? mamat tu bagi tau lagi dia menyesal tak aktif kalau tak dia dah bleh beli barang mahal-mahal bawak awekk keluar dinner kat hotel bintang-bintang. Bayangkan kalau gua aktif lagi 6 bulan atau setahun dari sekarang!! gua bagitau lagi yang gua nak bawak Mentara Guru makan angin jalan-jalan seluruh asia ni... Amacam best?

Mentara guru terdiam sejenak...Gua makin galak memberi tekanan yang berbentuk kebendaan untuk menarik minat beliau mendengar.

"Berapa lama Mamat tu stop blogging?" tiba-tiba soalan muncul dari mulut Mentara Guru.

"enam bulan derr" gua balas pantas....

"Berapa dia dapat?" Tanya Mentara Guru lagi.

"10 hinggit" balas gua lagi.

"Macam gini lahh... awak tak payah berblog 6 bulan Saya kasi awak 200 hinggit...boleh up lagi nanti kalau tak bukak Pesbuk dan tak payah jaga malam, tak payah celik-celik mata mengadap Notebook, tak payah susah-susah buat entry bikin dairi tulis tangan dah cukup!!" kata mentara Guru Panjang Lebar. (sambil berjalan pergi dapur)

Gua turnoff Notebook....angkat Budak bahasa Jerman ajak sembang kat luar rumah... gua nak mengadu kat Budak bahasa Jerman yang gua kena cari hobi baru!

P/s: Dato lu punya strategi tak bleh blahhh!!!

3 comments:

bh said...

senang tu je dapat 200?

Myvitrd said...

sabar2 banyak bersabar

liza said...

haha...lawak seh..tp jgn putus asa ye..teruskan hobi anda.. :)