Binatang Peliharaan...

Sep 7, 2010

Jawapan utk org paling Glamour !!

Re-entry ~~~

Re-entry 6.20 ptg. Gua tengahh asyikk menari2 rumba dalam bilik sambil mendengar lagu Pitbull (i Know you wan me) mengunakan gajet handphone Sony canggih tahap dewa-dewi gua.. dengan fungsi shekk key,.. bleh tukar-tukar lagu hanya perlu goncang-goncang, sekali-sekali gua try step shuffle memang gampang gua rasa tak tersusun langsung langkah berterabur macam-macam, dulu masa sekolah tingkatan tiga gua boleh buat lagi step ni. Tuk.tuk.Tukk!! pintu bilik kena ketuk. Emm Mentara Guru dah balik!! gua off lagu.. gua keluarr bilik tengokk anak-anak tengah layan cerita Na O Mei.. lol budak umur 1 tahun 3 bulan pun dah pandai layan citerr-citer cam ginie... ishhh (gua geleng-geleng palerr) gua syak ini semua pengaruh dari orang-orang dewasa yang memberi tekanan emosi kepada kanak-kanak untuk membesar.. Gua tengok atas sofa hemm.. Mentara Guru yang tengahh fill dengan remote kat tangan kiri,( nampak gaya kalau gua capai ambik mau kena tidur luar malam ni) ... patut la anak-anak kena mengadap cerita tu. ( paksa rela )

********

8.45 mlm Gua tengahh layan facebook dengan awek-awek yang baru gua add.. takde aperr perkembangan terbaru cam biase-biase je.. gua jengah ke blog-blog kegemaran pun takde entry yang baru-baru, yiielekk! Gua off leptop picit-picit punat remote Tv hemmm cerita menarikk night rider gua minat cerita ni.. citerr lama yang dahh di tranfomasikan ke teknologi baru, ha ha ini baru cerita membina dan menghiburkan fikir gua.. Ini tak abis-abis layan cerita tangkap sayup, layan syahdu cerita melayu... ala cerita melayu baru start dah bleh ulas balik ending... baik lu orang jerr jadi pengarah, aperr cer!!! gua nampak Mentara guru dah siap kemas sisa-sisa makanan yang gua lahap bersama anak-anak tadi.Gua pasal makan tak berkira, sebagai contoh suami serta sifat kebapaan yang tinggi, gua tadi dah tolong susun semua makanan taruk dalam mangkuk kasi hidang cantik-cantik kasi lapik baru, angkat dan basuh pinggan suruh anak baca doa makan gua tolong aminkan kira okey la.. kira kerjasama la tu. Sekarang waktu gua pulak nak berliburr.

Gua alihkan TV kasi betul-betul view cantek punyee.

Tengah tengok TV gua teringgat member lama Kolej. Nama samaran dia Pok Nik orang Pantai Timur, dia ni okey, muke boleh tahan gampang hensem, tak tinggi mana, nak banding dengan gua macam biaserr gua lagi la double kacak tapi gua bukan nak cerita pasal benda hensem ni, cerita pasal orang yang paling gelemour kat malaysia ni?

Pok Nik: "Lu orang tahu sapa yang paling glamore kat TV di Malaysia ni dan kalau dia kuar TV semua orang nak tengok tua, muda, bahkan kalau ada orang buta pun dia duduk dekat TV nak tengok?"

Gua: "Standerd la Siti Nur la.... "  Gua menyampuk, masa tu Siti Nurhaliza blom dapat pangkat dato...tengah hot pasal apa, kalau dia masuk pertandingan semua bolot kat dia, Muzik2 jangan cakap la berdozen dia sapu piala main baling-baling dalam stor je. Cilake terer!

Pok Nik: " salah..." Jawab pok Nik konfiden dengan gaya hidung kembang.

***********

Beramai2 kami yang berada dirumah sewa memenuhi ruangan komen untuk memberi jawapan kepada soalan Pok Nik dari selebriti hingga ke para cendiakawan haram satu pun tak kena.. dan jawapan Pok Nik tetap juga ...

"Salah..salah dan salah...."

ada sekali gua blom jawab dia dah kata "salah...." Lu biar betul Pok Nik penat lelah kita orang jawab semua salah tak jawab pun lu kata "salah" paler hangguk lu, ape kebendanye tu. Setelah hampir dekat 2 jam acara meneka soalan Pok Nik tidak ada satu jawapan yang betul ada sekali Saparin housemate gua dah nak terjun swiming pool pasal dia dah bagi beratus jawapan haram tak kena satu pun, kini tiba lahh masanya untuk memberikan jawapan nya...Kata Pok Nik selepas kedua-dua tangannya dikilas kebelakang oleh Saparin....adoiii penat gua menaip terasa haus la pulak tekak ni... nanti gua sambung jawapan nya... tengok la nanti gua nak minum sambil taip surat jab!! (bersambung....) he he he

P/s: Jawapannyerr tinggal lagi 2 hari jerr lagi lu orang boleh tahu sape ! Selamat Hari Raya .....maaf dan zahir dan batin semua-semuanye......

2 comments:

Anonymous said...

boleh jiwa kacau ginih...pejal tahir kut

Sarabat said...

dah keluar pun si glamor penyimpan mohor ...jumaat raye weiiiii!!! slmat hari raya.