Binatang Peliharaan...

Sep 28, 2010

Masalah Gua Kena kencing malam!!


Semalam gua dah nekad ape jadi jadi la.... untuk kesekian kali nye Danish menyiram air hancing di atas tilam TOTO, gua dah macam buat kerja rutin harian pulak meyidai tilam TOTO di ampaian...cisss bukan hobi gua  nak buat kerja camgini... tapi itu semua gua tak pikir masa sebelum kawin dulu... sekarang baru gua tahu selain makan pakai anak isteri nafkah luar dalam, kerja-kerja remeh camgini semua adalah tanggungjawab Bapa mithali... bukan benda-benda ni jerr ini contoh terkini je, yang baru gua sedar...itu blom bangun buat susu ganti pempers, mandi pakai semua segala.... kalau si Dania pulak gua dah dua tiga kali terserempak dengan dia tidur berjalan ada sekali gua ingat dia saja pergi dapur nak masuk toilet ke ape...rupenya buat tawaf sai jerr... parah jugak anak dara yang sorang ni. Nasib baik kecik lagi kalau dah besar panjang macam J.Love aje kena ikat kat birai katil. Tak senonoh tidur berjalan tau!!!

Penyelesaiannye gua dah jumpa artikal pasal penyakit kencing malam: Kosmo


NAMA teknikalnya disebut sebagai enuresis (en-yoo-ree-sus) iaitu sebutan dalam bahasa Inggeris. Dalam bahasa orang biasa, ia lebih dikenali sebagai kencing malam.
Mungkin ramai yang mengangguk tanda tahu bila menyentuh tentang perkataan 'kencing malam'. Masalah yang disifatkan sebagai satu tempoh transisi untuk golongan ibu bapa itu sesungguhnya tidak mudah untuk dilalui.
Bagi si anak, kencing malam bukan satu perkara menyeronokkan atau melucukan. Tanpa bantuan orang dewasa, senario itu kemungkinan menjadi satu mimpi ngeri sepanjang tumbesaran anak.
Justeru, ibu bapa perlu sedar terdapat pelbagai faktor penyebab kencing malam. Ketidakmatangan otot pundi kencing, perubahan gaya hidup dan ketidakstabilan emosi merupakan dalang di sebalik permasalahan itu.
Kira-kira 15 daripada 100 kanak-kanak di dalam satu-satu populasi mengalami masalah kencing malam. Otot pundi yang belum matang tidak cukup kuat untuk menahan kencing sepanjang malam. Ini menyebabkan pembuangan air kencing secara tidak disedari berlaku.
Namun, situasi itu tidak akan berlarutan. Seiring dengan peningkatan usia, masalah kencing malam dapat diatasi secara semula jadi berikutan proses kematangan pundi.

Dalam tempoh tumbesaran anak, perubahan gaya hidup banyak mempengaruhi tahap kesihatan fizikal dan minda mereka.

 
Ketidakstabilan emosi
Perubahan dalam persekitaran kehidupan seperti kegagalan untuk menyesuaikan diri selepas diambil sebagai anak angkat juga boleh menyebabkan anak kencing malam. Sebarang situasi keluarga yang memberi ketidakstabilan emosi mungkin berpotensi membentuk masalah psikologi buat si kecil. Oleh itu, ibu bapa memerlukan pendekatan untuk menyelesaikan masalah anak tersebut.
Sebenarnya, tiada apa yang perlu dimalukan jika anak anda mengalami masalah kencing malam. Beberapa langkah positif boleh diambil oleh ibu bapa dan anak untuk menangani permasalahan itu.


Dengarlah keluhan anak anda


Tiada maknanya untuk anak sengaja membasahkan tilam katilnya sendiri, betul? Jadi, sebagai ibu bapa, anda boleh menggunakan ketajaman deria pendengaran untuk menganalisis ketakutan dan kerisauan si anak. Fikirkan cara untuk membantu anak seperti mengajarnya membersihkan kotoran itu bersama anda.
Cuba berikan keyakinan kepada anak bahawa tindakan itu bukan satu hukuman. Sebaliknya, ia memberi peluang untuk anak menguruskan masalah itu dalam diam, tanpa perlu diheboh-hebohkan. Tindakan itu mengurangkan risiko tidur anak terganggu.



Pastikan anak tidak dimarahi

Membasahkan tilam katil tidak bermakna anak anda berhak menerima 'deraan' lisan daripada ibu bapa. Anak-anak sudah cukup malu kerana terkencing malam. Jadi, adalah tidak perlu untuk ibu bapa menambah tekanan jiwa mereka. Cuba, tenangkan fikiran dan kurangkan bebanan emosi mereka sebelum terlambat.

---------------------------------------------------------------


Okey dari kesimpulan diatas gua dah try pendekatan 1,2,3 .... dulu memang gua abaikan semua yang diatas.... kira memang terbalik lahhh.... dengan apa yang gua praktikan sebelum ni.

Keputusan nye:

SETAKAT NI.... SEMALAM OK!! DIA DAH BLEH BANGUN SAMBIL BAGI TAU NAK KENCING JAM PUKUL 1 PAGI GUA TENGOK KAT DINDING. bAGUS!!! Menjadi.....

--- Pagi tadi Gua masih menyidai TOTO diampaian......

gua rasa kantung dia mempunyai kapasiti yang berlebih-lebihan..... takat bangun sekali takjadi ape...tapi kalau nak jugak kena bangun 2 tiga kali satu malam gua rasa biarlah gua menyidai TOTO di pagi hari, dari gua mengantuk tak bleh nak handle sterengg kereta nak gi opis esok pagi... jahanam!! gua takbleh nak marah-marah lagi bab kencing malam ni semua......s

No comments: