Binatang Peliharaan...

Feb 22, 2017

ehh senget!!



Bab 2

Eh beb, teman aku keluar gi window shopping nak tak… aku bosan la wehh’ Suara Nia tergiyang-giyang melalui corong talifon keluar dan melekat ke telingga Laila. ‘Ala beb aku kena teman Mami ke majlis kenduri la hari ni, kau bukan tak tahu beb,  mami kalau aku tak pergi memang nahas lah aku, bab kenduri kendara ni memang  sensitif tambah-tambah lagi kalau saudara mara Mami yang adakan memang nahas la kalau aku tak ikut. Nanti katanya aku tak kenal saudara mara tak nak bermasyarakat, ah malas la nak bersoal jawab sorry la beb… atau ape kata kau ikut je aku dengan mami nanti aku share location.” Terus talifon mati… ahh Hand phone habis batteri pulak cebik Nia sambil mulut muncung. Ala bosannya nak pergi ke tak ikut Laila ni?, huhuhu bosannn….

Dania membuka computer riba sambil mencari sesuatu didalam laci… hrmm ada lagi sikit coklat nasib baik ada lagi suara hati Nia berbisik riang. Hemm dah hampir 4 bulan dari tarikh last convocation Dania dan kawan-kawanya tamat pengajian di sebuah kolej swasta. Masih belum ada lolongan kerja yang mejamah masuk kedalam peti inbox email nya. Setelah melihat-lihat tiada apa yang baru dan menarik dalam email, Dania menutup folder dan logout dari emainya kemudian anak panah tetikus diarahkan ke carian google dan seperti kebiasaan ayat yang akan ditaipnya adalah jawatan kosong semenjak 3 bulan lalu. Ayat ni kalau ditulis sambil tutup mata pun Dania dah boleh agaknya, sebab dah berbulan-bulan kata kunci ini yang di taip atau setidaknya terus ke laman Spa.gov manalah tahu ada lolongan kerja di jabatan kerajaan. Namun hampa juga seperti hari-hari yang sebelum ini, masih tiada berita yang menyedapkan hati ini. Mata Dania sesekali memandang iklan yang mencelah-celah di sebelah kiri dan kanan monitor kadang-kadang ada juga iklan ubat kuat untuk tenaga lelaki dan wanita… hisssh…gelong! Bisik hati Dania, apa pulak iklan ni Dania cuba klik pada iklan pekerjaan Part time diperlukan. 

“kami mencari bakat-bakat baru untuk diketengahkan sebagai Pelakon tv, pelakon Iklan, model iklan tv commercial dan penghias iklan majalah”. Hemmm… boleh ke ni? Dania berfikir sejenak dengan iklan yang baru dibacanya. 

Ah!! mengarutlah, tahu kat mama dengan daddy memang dapat sakit la, ala lagi pun iklan macam ni banyak menipu jer semuanya, ingat senang ke nak jadi pelakon bukan boleh gitu-gitu je, setakat datang menonong-nonong menunjuk muka, kalau takda bakat jangan harap lah, cemuh didalam hati Dania sambil kepala berangan mengayakan pakaian ala-ala model iklan berjalan catwalk.
Ahh! sudahlah baik aku lekas mandi dengan tiba-tiba saja dia bingkas bangun sambil jari menekan tertikus untuk menutup paparan iklan dan menutup computer ribanya.

Selesai mandi dan membersihkan diri Dania mencapai talifon bimbitnya dan mendail nombor Fatin iaitu seorang lagi BFF (sahabat baik), mereka bertiga dengan Laila sangat rapat semasa belajar di kolej dulu, namun selepas mereka tamat pengajian Dania dan Fatin jarang berjumpa tak macam dulu lagi, Fatin kini telah pun bekerja di syarikat ayahnya dia ibu kota tinggal jauh di Klang Selangor. Sebenarnya takda la jauh sangat tetapi kekangan masa yang benar-benar membataskan untuk mereka bertiga berkumpul bersama, dah tak sama macam di kolej dulu, mereka dulu tinggal di asrama yang disediakan oleh kolej. Selama hampir 5 tahun mereka tinggal bersama dan belajar sekali, sungguh banyak pengalaman pahit dan manis yang begitu kuat untuk dijadikan kenangan. Mereka bertiga ini ibaratnya dah macam belangkas kembar tiga kemana saja sentiasa bersama. Biar pun mereka mengambil jurusan yang berlainan namun apabila diluar waktu kuliah pasti mereka akan sentiasa ada bersama disisi itu lah yang namanya BFF.

“lagu Adele- Rumour Has It” kedengaran di ruang udara.

“Hello…. Cik Dania, boleh cik ke pejabat kami di Damansara bekenaan dengan tawaran belakon”, apabila dijawab terdengar suara lembut dari dalam talefon yang menyampaikan berita tergempar sebentar tadi. Masih tak percaya dan Dania cuba menampar-nampar pipinya yang licin lagi flowless berulangkali. Tak mengigau aku ni? fikir Dania lagi. Eh bila pulak aku ada hantar permohonan nak skrin test belakon ni? Takda memang takda rasanya. Ishhh pening kepala angin aku memikirkannya. Makin senget otak aku ni karang. Dania menekan talefon nombor Laila, hello beb, ops! Assalamualaikum…. Hehe babe, nak tanya ade ke aku beritahu kau yang aku apply untuk skrin test pelakon?, takda kan…? ‘yup serius takda’, balas Laila pendek. Ishh kenapa eikk? Bebe ko berangan lagi eikk?. Takda la ko tu kan suke berangan nak jadi Diva gelong…” Laila ketawa kecil. “Tak tadi ada syarikat production call dan mintak aku datang ke pejabat diaorang” tapi aku serius memang takda apply atau hantar apa-apa resume, tapi macamana dia orang boleh dapat nombor aku?. Muskil… Kan?, macam tak best kan?  Dania menjelaskan sambil riak muka yang blur tapi tetap kiut. 

Mana la tahu peminat-peminat lama kau di kolej dulu yang hantar, ko kan diva kat kolej dulu A.K.A Awek sweet pandai takel hati pensyarah… ala semua budak kolej tahu ape ko pandai menyanyi belakon masa kat kolej dulu siap menang pertandingan menyanyi lagi kot gila tak glamour, aku yang tukang ambil semua hadiah dari peminat-peminat ko pun tumpang glamour inikan kau… ishh tapi sape aikk yang kenen kan ko jadi pelakon ni eikk, nak tahu juga… mana la tahu aku bleh jadi PA (personal assistant) kalau ko jadi pelakon mesti best Nia, beriya-iya si Laila bercerita sambil terkenang-kenang kisah dia jadi  orang tengah bila Dania dihujani surat dan note massage untuk berkenalan dan untuk menjadi fan club. Ishh best aku bleh dapat banyak hadiah lagi bisik hati Laila bilamana teringat dulu banyak hadiah yang diterima oleh Dania seperti barang perhiasan, souvenir, coklet dan makanan-makanan segera tapi kebanyakkan di subcon kepadanya dan Fatin apa lagi daripada rosak atau basi baik aku dan Fatin ambil atau makan, mereka akan makan secara berjemaah atau dibahagi tiga untuk stok makanan ringan. Yang tak boleh blah tu ada yang bagi Maggie hahaha… kelakar kan? Bengongkan? ada ke nak takle awek-awek sweet dia bagi magie kalau ramen korea tu okey lagi… ah lantak lah janji dia bahagia, macam-macam gelagat peminat si Dania ni. Imbauan kenangan lama terhenti tiba-tiba bila nama Laila di teriak dengan kuat…. Ok aku gerak dulu Nia, Mami panggil aku kat atas  adalah tu yang tak kena. Okey bye Nia, nanti aku call kau yerr ok babe.
Ishh siapa la yang punya angkara ni, kalau tahu kat mama dengan Daddy sure tak boleh punya. Hermmm nak pergi ke tak panggilan kerja tu?....

Dalam Whatsapp Group….

Nia : Girlll helloo

Fatin : huh.. alo

Nia : semangat la sikit Fatin… Emoji J

Fatin : Yerr la darlinggg LJ penat wehh keje. Korang takpe arr lepak je.
 
Laila : Halloooo whatsap babe? J

Nia : wehh mcm mana n nk gi ke interview pelakon tue? 

Fatin : What? Bila, kat mana, siapa? Let me guess… princes Nia Sabrina.. OMG Nia r u
            Serius? Mama & Daddy ko mcm mn? Kenapa aku tak tahu? L L L

Nia : Wow..hei girl talk slowly ok…! Mcm mn nak info asyik off HP aja. Call tak pernah nk dpt.! 

Fatin : Ala sorry princes, too busy… huhuhu

Laila : Ha, so mcm mana jadi ke nk turun KL ni Nia? 

Fatin : wahh ini best.. ini best korang nk trun KL bestnya…

Nia : oiitt makcik blom tentu la, org pun tak bagi tahu mama Daddy lagi rasanya
            Reject kot?? L mama takan bagi aku kalau nk jd artis ni. L

Laila : Alaa… aku baru berangan nk jadi PA kau Nia. Hancur harapan menggangur
            Lagi la aku jawabnya… huhuhuhu L!!

Nia : Huhuhuhu kannn? 

Fatin : Ala korang dtg la KL dulu dtg melawat aku, pastu nnti kita try la pergi
            Tempat tu, try dulu mn tahu klu dah confirm dpt nanti baru la beri tahu mama
            & daddy ko Nia. Dtg la lawat aku wehh…. L

Laila : wow.. Jahat idea tu tapi aku suke!!! Hehe

Nia : Betul ke ni? Serius?.... Aku tak reti la nk cakap ape dgn Mami aku.

Laila : Hello Nia Sabrina tak reti nk bodek mama dia, heran kan.. klu kat kolej semua
            Lecture layu dengan ko punya pujuk. Hehe

Nia : Hello itu orang luar okey!! Klu mama aku mmg tak lah, tak makan nye pujuk
            rayu ni semua… mcm la tak kena mama aku. Dia belum aku cakap dia dah
            tahu aku nk ape? 6sensan dia kuat kot… L

Laila : Ala nnti aku try la bg tahu mama ko babe, mungkin klu aku ada ko boleh pergi
            Kita boleh dtg KL. Ala tgk Fatin Kot.. babe?

Nia : hrmm… ok, ko dtg rmh tlg pujuk mama aku yer babe.

Laila : Ok… beres!!

Fatin : ok best…. Aku tggu keputusannya babe… tak sabar!! Xoxo

Dinggg Dong, loceng rumah berbunyi memecah kesunyian rumah tiga tingkat di kediaman Dania…. Bergegas Dania berlari turun ke tingkat satu untuk menjemput Laila di ruang tamu rumah. Pintu sudah pun dibukakan oleh pembantu rumah, terlihat Laila berdiri di depan sudut meja konsul berdepan cermin. Bebe dah sampai asal tak massage dulu dah nak sampai rumah? Dania mencuih mulut muncung… Ala aku saje jerr nak kasi surprise kot-kot ko tidur lagi hehe… menjawab sambil gelak Laila kecil, Ala aku dah bangun awal la… surprise la sangat. Eh jom lepak kat luar mama aku kat bilik rasanya nanti la kita jumpa dia. Kita borak-borak dulu kat taman. Ok, boleh je..! jom balas Laila laju.

Ha macam mana babe jadikan kita pergi KL nanti?, Tanya Laila belum pun sempat duduk satu pertanyaan dilemparkan kepada Dania. “ entah la Babe ko rasa?” eh ko jangan Nia, aku penat-penat datang sini nak pujuk mama dia, boleh main rasa-rasa pulak. Bentak Laila sambil membeliakkan biji mata tanda protes!. Ala cakap sikit pun nak marah… jadi la apa tak jadinya, apa-apa pun tunggu keputusan mama hari ni la. Balas Dania dengan cepat.

Okey kalau jadi kita naik apa ye? Tanya Laila lagi. Ala babe naik kereta ko la ko kan PA aku takkan kita nak naik bas babe panas babe! Pujuk Dania kepada kawan baiknya tu. Owh nak naik kereta aku ekk… kenapa tak naik keta ko je? Tanya Laila lagi. Ala babe kalau naik kereta aku sure mami tak bagi, ko tahula kan mami mana percaya aku nak bawa kereta jauh-jauh. Kalau naik dengan ko lain, ko terer pandu kete! pujuk Dania lagi, ah kau kalau mengayat memang licik kan… eii geram pulak aku ni lah.. iyala..iyala. Saja ja kan… Laila pasrah dengan kerenah Dania si princes senget ni. Ok done!!! eiiyeee Dania meraikan kegembiraannya kerana berjaya memujuk hati kawan baiknya itu.

 bersambung.....
 

No comments: