Binatang Peliharaan...

Mar 29, 2010

White belt !! buku Nota.......



Malam tadi tengahh lepak-lepak santai tengok TV lepas sendawa kenyang melahap makan malam, anak dara gua datang dekat, tarik-tarik tangan nak ajak chit-chet kata dia ada hal mustahak. Gua tengok muka dia mempamirkan perasaan meraih simpati untuk meluahkan kata-kata. Gua kata "okey" cakap la..dia geleng-geleng palerr, sambil menjeling tunduk kat Mentara Guru yang sibuk tengah belek-belek buku Anjung Seri. Takpe kita sembang kat luar...! Dania senyum pamirkan gigi arnab...tanda happy.

++++++++

Bermula sesi soal jawab dengan Dania..gua mulanye suspend jugak tak kan baru darjah dua dah nak datang bulan cepat gile...jangan buat pasal gua bab ni tak katam habis lagi, nak buat kiraan subur ngan tidak pun berterabur lagi ni.!!

Gua: "Okey story to daddy" (cakap omputeh)

Gua yang mulakan soal bicara... dirumah gua, memang selalu diterapkan penggunaan bahasa-bahasa asing rojak pun takpe...bahasa omputih ni kira biase2 jer, Dania ngan mak dia selalu cakap Menderin.. gua malas nak campur, Bahasa Melayu pun gua masih tunggang-langgang, tapi gua suspek anak gua yang no.3 tu lagi hebat..gua syak dia guna bahasa francis tak pun Italy, pasal susah nak paham ape dia nak story.. 1thn 3 bulan...!! penyebab utama kepada aktiviti ini adalah berpunca dari Mentara Guru, kerana beliau merupakan seorang Teacher Sains & Math kat Sek. Men. Selain guru Menderin dan juga AJK persatuan PERKIM kawasan P.Buntar. Gua kena ikut flow (paksa rela)  kalau tak, gua kena buat pembentangan kertas kerja dan buat penjelasan yang panjang lebar untuk tujuan membangkang, gua malas nak cari semua isi-isi kertas kerja jadi gua ikut jerr abis cerita.

Dania: " This saturday ada class karate" Jawab Dania tunjuk muke serius..

Gua: " than y" gua balas pendek

Dania: " Dania nak join"

Gua: "story la kat ibu. ada problem ke?"

Dania: " That is Problem" ibu tak kasi.

Gua: "Takpe nanti ayah pujuk ibu!"

Gua kasi sedap hati anak dara gua ni dengan harapan green light... dalam hati (nasib baik bukan isu soal kewanitaan) gua ingat ape la yang dia nak sembangkan tadi jantung gua yang debar-debar dah kembali normal cam biase. Gua suruh Dania masuk rumah dulu nanti gua story kat Mentara Guru. Gua lepak kat luar kejab sambil cari idea cam maner nak karang isi padu kertas kerja pembentangan yang gua nak utarakan  masalah Dania kat Mentara Guru. Gua masuk dalam rumah nak cari pen ingat nak tulis tangan jerr lah, surat pembentangan kalau pakai email lambat sampai gua fikir... erkk tengah gua sibuk cari-cari kertas atas meja gua terjumpa kertas belipat guna buku latihan sekolah gua bukak baca ada benda tertulis camgini:

kelas karate. perlu ada

-tali pinggang <------ ( br nak daftar nak kena bawa  tali pinggang ke?)         
8:00 pagi hinga 10:00 petang    <-------  (belajar karate sehari suntuk ke? jahanam ) hehehe                
-Baju karate     <--- ?                                                                                          
-Botol minuman
-Bag semua
-tudung sesuai
-Buku semua  <------- ( belajar karate bawa buku bagus anak gua)
-Duit 2-3   <---------- ( Gua syak dia dah plan nak pau gua )
-kemas
-tidur dengan cukup  ( kekeke gua ketawakan benda ni)

Hemm senang kerja gua... gua kasi jerr terus surat ni kat Mentara Guru pastu nanti Gua akan selit-selitkan dengan isu masalah sosial remaja masa kini, pastu masuk sikit isu wanita sekarang perlu waja diri serta mengetahui asas menjaga kehormatan dan sebagainye... gua yakin dengan semua isu dan isi serta semangat Dania yang ditunjukkan melalui nota kakinya itu, semua akan berjalan dengan lancar dan berjaya. ..(nanti gua sambung ape dia buat kat kelas karate)


P/S:  Lu orang jangan main2 dengan gua lepas ni... anak gua nak daftar kelas karate. waachaa!!