Binatang Peliharaan...

May 6, 2019

Sayang Sampai Mati...!!


REPVBLIK - Sayang Sampai Mati (Official Music Video)

Belah dada ini, lihatlah hatiku
Bila itu bisa yakinkanmu
Hidup dan matiku hanya untuk cintaku
Hati takkan bisa dusta
Aku sayang sampai mati segenap hati ini
Rasaku membahana, getarkan jiwa
Aku sayang sampai mati segenap jiwa ini
Biarlah kubuktikan janji hatiku
Belah dada ini, lihatlah hatiku
Bila itu bisa yakinkanmu
Hidup dan matiku hanya untuk cintaku
Hati takkan bisa dusta
Oh Aku sayang sampai mati segenap hati ini
Rasaku membahana, getarkan jiwa
Aku sayang sampai mati segenap jiwa ini
Biarlah kubuktikan janji hatiku
Oh Aku sayang sampai mati segenap hati ini
Rasaku membahana, getarkan jiwa
Aku sayang, sayang, sayang sampai mati
Biarlah kubuktikan janji hatiku
Aku sayang, sayang sampai mati

Feb 22, 2017

ehh senget!!



Bab 2

Eh beb, teman aku keluar gi window shopping nak tak… aku bosan la wehh’ Suara Nia tergiyang-giyang melalui corong talifon keluar dan melekat ke telingga Laila. ‘Ala beb aku kena teman Mami ke majlis kenduri la hari ni, kau bukan tak tahu beb,  mami kalau aku tak pergi memang nahas lah aku, bab kenduri kendara ni memang  sensitif tambah-tambah lagi kalau saudara mara Mami yang adakan memang nahas la kalau aku tak ikut. Nanti katanya aku tak kenal saudara mara tak nak bermasyarakat, ah malas la nak bersoal jawab sorry la beb… atau ape kata kau ikut je aku dengan mami nanti aku share location.” Terus talifon mati… ahh Hand phone habis batteri pulak cebik Nia sambil mulut muncung. Ala bosannya nak pergi ke tak ikut Laila ni?, huhuhu bosannn….

Dania membuka computer riba sambil mencari sesuatu didalam laci… hrmm ada lagi sikit coklat nasib baik ada lagi suara hati Nia berbisik riang. Hemm dah hampir 4 bulan dari tarikh last convocation Dania dan kawan-kawanya tamat pengajian di sebuah kolej swasta. Masih belum ada lolongan kerja yang mejamah masuk kedalam peti inbox email nya. Setelah melihat-lihat tiada apa yang baru dan menarik dalam email, Dania menutup folder dan logout dari emainya kemudian anak panah tetikus diarahkan ke carian google dan seperti kebiasaan ayat yang akan ditaipnya adalah jawatan kosong semenjak 3 bulan lalu. Ayat ni kalau ditulis sambil tutup mata pun Dania dah boleh agaknya, sebab dah berbulan-bulan kata kunci ini yang di taip atau setidaknya terus ke laman Spa.gov manalah tahu ada lolongan kerja di jabatan kerajaan. Namun hampa juga seperti hari-hari yang sebelum ini, masih tiada berita yang menyedapkan hati ini. Mata Dania sesekali memandang iklan yang mencelah-celah di sebelah kiri dan kanan monitor kadang-kadang ada juga iklan ubat kuat untuk tenaga lelaki dan wanita… hisssh…gelong! Bisik hati Dania, apa pulak iklan ni Dania cuba klik pada iklan pekerjaan Part time diperlukan. 

“kami mencari bakat-bakat baru untuk diketengahkan sebagai Pelakon tv, pelakon Iklan, model iklan tv commercial dan penghias iklan majalah”. Hemmm… boleh ke ni? Dania berfikir sejenak dengan iklan yang baru dibacanya. 

Ah!! mengarutlah, tahu kat mama dengan daddy memang dapat sakit la, ala lagi pun iklan macam ni banyak menipu jer semuanya, ingat senang ke nak jadi pelakon bukan boleh gitu-gitu je, setakat datang menonong-nonong menunjuk muka, kalau takda bakat jangan harap lah, cemuh didalam hati Dania sambil kepala berangan mengayakan pakaian ala-ala model iklan berjalan catwalk.
Ahh! sudahlah baik aku lekas mandi dengan tiba-tiba saja dia bingkas bangun sambil jari menekan tertikus untuk menutup paparan iklan dan menutup computer ribanya.

Selesai mandi dan membersihkan diri Dania mencapai talifon bimbitnya dan mendail nombor Fatin iaitu seorang lagi BFF (sahabat baik), mereka bertiga dengan Laila sangat rapat semasa belajar di kolej dulu, namun selepas mereka tamat pengajian Dania dan Fatin jarang berjumpa tak macam dulu lagi, Fatin kini telah pun bekerja di syarikat ayahnya dia ibu kota tinggal jauh di Klang Selangor. Sebenarnya takda la jauh sangat tetapi kekangan masa yang benar-benar membataskan untuk mereka bertiga berkumpul bersama, dah tak sama macam di kolej dulu, mereka dulu tinggal di asrama yang disediakan oleh kolej. Selama hampir 5 tahun mereka tinggal bersama dan belajar sekali, sungguh banyak pengalaman pahit dan manis yang begitu kuat untuk dijadikan kenangan. Mereka bertiga ini ibaratnya dah macam belangkas kembar tiga kemana saja sentiasa bersama. Biar pun mereka mengambil jurusan yang berlainan namun apabila diluar waktu kuliah pasti mereka akan sentiasa ada bersama disisi itu lah yang namanya BFF.

“lagu Adele- Rumour Has It” kedengaran di ruang udara.

“Hello…. Cik Dania, boleh cik ke pejabat kami di Damansara bekenaan dengan tawaran belakon”, apabila dijawab terdengar suara lembut dari dalam talefon yang menyampaikan berita tergempar sebentar tadi. Masih tak percaya dan Dania cuba menampar-nampar pipinya yang licin lagi flowless berulangkali. Tak mengigau aku ni? fikir Dania lagi. Eh bila pulak aku ada hantar permohonan nak skrin test belakon ni? Takda memang takda rasanya. Ishhh pening kepala angin aku memikirkannya. Makin senget otak aku ni karang. Dania menekan talefon nombor Laila, hello beb, ops! Assalamualaikum…. Hehe babe, nak tanya ade ke aku beritahu kau yang aku apply untuk skrin test pelakon?, takda kan…? ‘yup serius takda’, balas Laila pendek. Ishh kenapa eikk? Bebe ko berangan lagi eikk?. Takda la ko tu kan suke berangan nak jadi Diva gelong…” Laila ketawa kecil. “Tak tadi ada syarikat production call dan mintak aku datang ke pejabat diaorang” tapi aku serius memang takda apply atau hantar apa-apa resume, tapi macamana dia orang boleh dapat nombor aku?. Muskil… Kan?, macam tak best kan?  Dania menjelaskan sambil riak muka yang blur tapi tetap kiut. 

Mana la tahu peminat-peminat lama kau di kolej dulu yang hantar, ko kan diva kat kolej dulu A.K.A Awek sweet pandai takel hati pensyarah… ala semua budak kolej tahu ape ko pandai menyanyi belakon masa kat kolej dulu siap menang pertandingan menyanyi lagi kot gila tak glamour, aku yang tukang ambil semua hadiah dari peminat-peminat ko pun tumpang glamour inikan kau… ishh tapi sape aikk yang kenen kan ko jadi pelakon ni eikk, nak tahu juga… mana la tahu aku bleh jadi PA (personal assistant) kalau ko jadi pelakon mesti best Nia, beriya-iya si Laila bercerita sambil terkenang-kenang kisah dia jadi  orang tengah bila Dania dihujani surat dan note massage untuk berkenalan dan untuk menjadi fan club. Ishh best aku bleh dapat banyak hadiah lagi bisik hati Laila bilamana teringat dulu banyak hadiah yang diterima oleh Dania seperti barang perhiasan, souvenir, coklet dan makanan-makanan segera tapi kebanyakkan di subcon kepadanya dan Fatin apa lagi daripada rosak atau basi baik aku dan Fatin ambil atau makan, mereka akan makan secara berjemaah atau dibahagi tiga untuk stok makanan ringan. Yang tak boleh blah tu ada yang bagi Maggie hahaha… kelakar kan? Bengongkan? ada ke nak takle awek-awek sweet dia bagi magie kalau ramen korea tu okey lagi… ah lantak lah janji dia bahagia, macam-macam gelagat peminat si Dania ni. Imbauan kenangan lama terhenti tiba-tiba bila nama Laila di teriak dengan kuat…. Ok aku gerak dulu Nia, Mami panggil aku kat atas  adalah tu yang tak kena. Okey bye Nia, nanti aku call kau yerr ok babe.
Ishh siapa la yang punya angkara ni, kalau tahu kat mama dengan Daddy sure tak boleh punya. Hermmm nak pergi ke tak panggilan kerja tu?....

Dalam Whatsapp Group….

Nia : Girlll helloo

Fatin : huh.. alo

Nia : semangat la sikit Fatin… Emoji J

Fatin : Yerr la darlinggg LJ penat wehh keje. Korang takpe arr lepak je.
 
Laila : Halloooo whatsap babe? J

Nia : wehh mcm mana n nk gi ke interview pelakon tue? 

Fatin : What? Bila, kat mana, siapa? Let me guess… princes Nia Sabrina.. OMG Nia r u
            Serius? Mama & Daddy ko mcm mn? Kenapa aku tak tahu? L L L

Nia : Wow..hei girl talk slowly ok…! Mcm mn nak info asyik off HP aja. Call tak pernah nk dpt.! 

Fatin : Ala sorry princes, too busy… huhuhu

Laila : Ha, so mcm mana jadi ke nk turun KL ni Nia? 

Fatin : wahh ini best.. ini best korang nk trun KL bestnya…

Nia : oiitt makcik blom tentu la, org pun tak bagi tahu mama Daddy lagi rasanya
            Reject kot?? L mama takan bagi aku kalau nk jd artis ni. L

Laila : Alaa… aku baru berangan nk jadi PA kau Nia. Hancur harapan menggangur
            Lagi la aku jawabnya… huhuhuhu L!!

Nia : Huhuhuhu kannn? 

Fatin : Ala korang dtg la KL dulu dtg melawat aku, pastu nnti kita try la pergi
            Tempat tu, try dulu mn tahu klu dah confirm dpt nanti baru la beri tahu mama
            & daddy ko Nia. Dtg la lawat aku wehh…. L

Laila : wow.. Jahat idea tu tapi aku suke!!! Hehe

Nia : Betul ke ni? Serius?.... Aku tak reti la nk cakap ape dgn Mami aku.

Laila : Hello Nia Sabrina tak reti nk bodek mama dia, heran kan.. klu kat kolej semua
            Lecture layu dengan ko punya pujuk. Hehe

Nia : Hello itu orang luar okey!! Klu mama aku mmg tak lah, tak makan nye pujuk
            rayu ni semua… mcm la tak kena mama aku. Dia belum aku cakap dia dah
            tahu aku nk ape? 6sensan dia kuat kot… L

Laila : Ala nnti aku try la bg tahu mama ko babe, mungkin klu aku ada ko boleh pergi
            Kita boleh dtg KL. Ala tgk Fatin Kot.. babe?

Nia : hrmm… ok, ko dtg rmh tlg pujuk mama aku yer babe.

Laila : Ok… beres!!

Fatin : ok best…. Aku tggu keputusannya babe… tak sabar!! Xoxo

Dinggg Dong, loceng rumah berbunyi memecah kesunyian rumah tiga tingkat di kediaman Dania…. Bergegas Dania berlari turun ke tingkat satu untuk menjemput Laila di ruang tamu rumah. Pintu sudah pun dibukakan oleh pembantu rumah, terlihat Laila berdiri di depan sudut meja konsul berdepan cermin. Bebe dah sampai asal tak massage dulu dah nak sampai rumah? Dania mencuih mulut muncung… Ala aku saje jerr nak kasi surprise kot-kot ko tidur lagi hehe… menjawab sambil gelak Laila kecil, Ala aku dah bangun awal la… surprise la sangat. Eh jom lepak kat luar mama aku kat bilik rasanya nanti la kita jumpa dia. Kita borak-borak dulu kat taman. Ok, boleh je..! jom balas Laila laju.

Ha macam mana babe jadikan kita pergi KL nanti?, Tanya Laila belum pun sempat duduk satu pertanyaan dilemparkan kepada Dania. “ entah la Babe ko rasa?” eh ko jangan Nia, aku penat-penat datang sini nak pujuk mama dia, boleh main rasa-rasa pulak. Bentak Laila sambil membeliakkan biji mata tanda protes!. Ala cakap sikit pun nak marah… jadi la apa tak jadinya, apa-apa pun tunggu keputusan mama hari ni la. Balas Dania dengan cepat.

Okey kalau jadi kita naik apa ye? Tanya Laila lagi. Ala babe naik kereta ko la ko kan PA aku takkan kita nak naik bas babe panas babe! Pujuk Dania kepada kawan baiknya tu. Owh nak naik kereta aku ekk… kenapa tak naik keta ko je? Tanya Laila lagi. Ala babe kalau naik kereta aku sure mami tak bagi, ko tahula kan mami mana percaya aku nak bawa kereta jauh-jauh. Kalau naik dengan ko lain, ko terer pandu kete! pujuk Dania lagi, ah kau kalau mengayat memang licik kan… eii geram pulak aku ni lah.. iyala..iyala. Saja ja kan… Laila pasrah dengan kerenah Dania si princes senget ni. Ok done!!! eiiyeee Dania meraikan kegembiraannya kerana berjaya memujuk hati kawan baiknya itu.

 bersambung.....
 

Feb 18, 2017

Memancing udang galah bersama Danish

Salam....

Harii ni pergi mancing dengan Danish, sebelum mancing gua pesang dengan Danish selesaikan dulu solat isyak lepas tu berdoa agar dimurahkan rezeki.. kita klu nk sesuatu kena memohon dgn nya...

Usai solat berjemaah gua bagi lagi tazkirah bab rezeki org tak sama kadang kita dapat lebih dan klu tgk org lain kurang dr kita kita mesti bersyukur dgn nikmat yg Allah dah berikan utk kita..

Habis semua yg wajib di sudahkan, kini kami sudah bersedia utk turun memancing udang. Hari ni hanya kami berdua yg akan memancing bila melihat mata Didi sudah merah mcm biji saga, jadi gua mengunakan kuasa vito untuk menghalang Didi utk turut serta dlm xpdc kali ni.

Jam sudah menunjukkan pkl 11 mlm. Kebiasaanya kami sampai dlm pkl10.30 tapi hr ni lewat sikit. Ada beberapa org pemancing veteran sudah pun berada di sana dr pkl 10 lagi, pun begitu masih tiada hasil tangkapan yg naik pada hari ini...

'Mungkin blom rezeki dia mlm ni' bisik gua dlm hati sambil tangan gua dah mengait-gait umpun2 utk dipasang ke mata kail dibuat umpan udang galah...

'Bismillahi tawakall...' umpun2 sudah siap dipasang, menunggu dilabuhkan ke dasar sungai Kerian. ' Bismillah... ' gua dengar Danish mengucapkan kalimah sambil melontarkan batang joran ke tengah sungai Kerian... namun gua boleh dengar bunyi  ladung timah tembaga yang diikat jatuh berhampiran dgn tempat Danish bediri melontar. 'Tak jauh la tu dia baling" gua berbisik dlm hati sambil tangan terus mengait umpun2 dibuat umpan.

'Ayah..Ayah... tolong..tolong ' dapat Udang nih." Jerit Danish tak sampai 10minit dan gua pun tak abis memasang umpan ke mata kail. Baru siap dua joran diisi umpan sudah ada rezeki Danish mlm ni... semua mata memandang kearah kami bila mana udang galah besar yg naik dlm 400g jgk klu dilihat gayanya.

Danish besorak gembira dgn hasilnya itu. Gua merasakan mlm ni malam kami memandangkan baru sja sampai sudah ada hasilnya.

Kini giliran gua pulak melontar umpan joran ke tengah sungai, gua suruh Danish tgk mcm mana cara melontarkan joran yg betul, Danish hanya memerhatikan sja sekali gua tengok muka Danish seakan mencebek melihat cara gua membaling upan joran ke tengah sungai.

Dah hampir setengah jam apa pun tanda tak kelihatan.. jangan kata bergoyang pada batang rod tali pun tak begerak.

Tiba-tiba sekali lagi Danish menjerit kuat, gua kaget dengar suara Danish.. aikkk tak kan naik lagi.. ya memang betul2 naik lagi galah kali ni lagi besar dari yang mula tadi. Sepit udang tu hitam sudah tu besar lagi uhhh bestnya rasa nak mengangkat udang besar2 mcm ni. Tapi belom ada rezeki. Habis saja umpan dipasang Danish melontar lagi 'Bismillah hitawakal....' kedengaran Danish berbisik sambil melontar joran sekali lagi lontaran tak pergi jauh hanya beberapa depa saja dari tempat dia melontar...

Tak sampai setengah jam naik lagi udang galah tapi tak sebesar yg sebelumnya. Usai memasang umpan sekali lagi di tauknya umpan joran ke tengah sungai namun masih tak pergi jauh. Gua memusingkan tali kemudian angkat balik umpan tadi dan tolong melontarkan semula ke tengah sungai.

Sebenarnya hati sudah panas dah hampir 2 jam satu apa pun tak lekat jangan kata udang ikan duri pun takde naik lagi. Pasrah saja bila melihat sekeliling masih ada pemancing yg lebih awal datang dr kami namun masih belum diberikan rezeki hari ni.

Masuk kali keempat Danish dapat lagi udang galah yg sederhana saiznya. Gua dah hilang sabar... angkat smua 3 batang rod joran yg msih ada berbaki umpan yang blom diusik ikan mahu pun udang kemudian mengajak Danish balik saja dengan perasaan yang bercampur2 sakit hati pun ada, geram pun ada mana taknya sekor pun lekat, gua jaga 3 rod joran tak naik walau pun seekor tapi Danish yg amatur dpt sebanyak itu.... sadis

Dalam kereta tak banyak kami bersembang tak mcm masa kami dtg tadi, sampai di rumah Danish mengangkat timba yg berisi udang galah berjalan masuk ke dlm rumah ketika di pintu pagar Danish mengeluarkan kata... ' Sabar lah ayah hr ni bukan rezeki ayah,.mungkin masa solat tadi ayah tak mohon betul2 dengan Allah untuk dpt rezeki yg banyak hari ni...' Danish mengieluarkan paku buah keras pada hidung gua.

Walau pun telingga gua panas mendengarnya tapi gua harap dia faham maksud rezeki org kita tak nampak kita tak tahu.... berdoa inshaAllah akan dimakbulkan. Gua masuk rumah dengan hatinya pasrah dan hanggin.... ishh terkena malam ni... bersyukurlah apa yg ada bisik hati gua yg sedang menangis tak dpt nk bwk naik udng galah wehhhh.... benci !!





Feb 14, 2017

novel: Ehh Sengett!! 2017



 BAB 1

“Aih,dah ler dari ko pikir pasal Farin tu baik ko study la beb?” kata Fatin memecah kesunyian bilik hostel. “Nia just go on! Dia  tu aligator tak sedaq diri tau dak!!” marah Laila lagi. Ummi hanya mengangguk sambil berpeluk tubuh seperti burung belatuk membenarkan kata-kata Fatin dan Laila. Nia merengus tidak puas hati. Nia kalau boleh masih juga mahu menidakkan kata-kata teman baiknya.”betul ke dia buat macam tu?” bisik Nia didalam hati.
Bla…bla..and bla… perkara yang lepas jangan dikenang !! Tok Daddy cakap” kalau dok  pikiaq sangat boleh jadi gila”. Nia yang  lama sudah brammm.. dari hidup ini sejak 2  tahun lepas. Sekarang Nia yang baru sudah muncul. Just new life, new style, new love but still the old bestie!!


“Nama aku Dania Sabrina binti Daniel Bizan panggilan sweet manja Nia. Aku adalah seorang penganggur terulung a.k.a peminta duit setia family. Kerja aku selain memetik buah strawberi dekat dalam peti ais rumah, aku juga kuat buat taik mata….” kerja sambilan aku iaitu review produk walaupun biasa-biasa saja takde nak kata jadi kaya tapi okey lah untuk duit sampingan, but okey sebenarnya aku suka kalau dapat benda free yang aku boleh guna terutama pakaian atau alatan makeup, walau pun aku tak suke sangat makeup tebal-tebal atau over look tapi aku suka la barang yang orang nak bagi percuma, itu yang penting sebenarnya hehe.. tapi okey la dari duduk sajakan.
Ape kau mengarut merepek ni, Nia Sabrina?! Nia mula menhantukkan kepala dimeja solek perlahan-lahan dua tiga das untuk melepaskan stress yang teramat sangat.
Cuttt…
Cepat saja dia menekan butang stop dalam video kamera kesayangannya itu. Hishhh, kebosanan  melanda double triple ni. Ape aku nak buat untuk mengisi masa yang lapang dan tak menyempit langsung ni? Nak keje dengan Tok Daddy dan Daddy, sangatlah teramat-amat malas! Kononnya nak  do it by own self tapi berpuluh  resume dah hantar, panggilan interview tak sangkut-sangkut jugak! Ape nak jadi dengan aku ni?! Sangat bosan, jerit hatinya tidak tahan.
Tetiba keluar  bunyi suara orang ketawa berdekah-dekah macam tengok maharaja lawak mega . Nia terpana!! Kaku sebentar.



Pantang keturunan betul aku orang gelakkan aku dengan takde sebab ni! Siapa yang terlampau berani tu?, Nia menoleh kesemua arah, kedua biji matanya kini tertumpu kepada susur tubuh seseorang yang sedang ketawa berguling-guling dibalkoni. “Aiseymen, bukan main suka mamat ni”, Nia mencebik bibir geram bukan kepalang.
“uii, minah pendek! Kau ingat kau tu syasya solero ke nak masuk youtube??!”
           Hampeh, betullah kalau sehari tak merosakkan mood aku memang tak sah kan, dia ni.

 

          “oi, mamat perasan tinggi ni , pergi jaga tepi kain sendiri tak boleh ke? nak jugak sibuk hal orang?” mengomel Nia dengan hati yang panas.

              Fazzrul Iman tergelak-gelak puas. Terasa kelakar melihat gelagat kakaknya Nia beraksi didepan video. Entah ape yang difikirkan minah tu, dia pon tak paham, but she  always cute.

Nia mengepal-gepal penumbuknya sambil ditunjukkan pada Iman. Nia menggetap bibir. Geram Nia bertambah-tambah melihat si Iman masih ketawa mengekek. Budak ni memamg ade penyakit suka menyakat, sejak mereka berdua masih kecil lagi. Entah apa yang seronok sangat dapat menyakat dirinya itu. Ada saja akal untuk Iman mengenakan kakaknya Nia. Tak  perasan pula  Nia  gelagatnya diperhatikan oleh Iman dari tadi. Anyway Iman adik yang pertama kesemua sekali Nia ada empat beradik, tiga lelaki dan Nia adalah yang sulung iaitu princes
Jarak umur antara memang agak jauh Nia dengan Iman Empat tahun beza yang lain beza dua tahun tapi okey la Dapat manja lebih dari adik beradik yang lain memandangkan Nia kan anak perempuan tunggal dalam keluarga “what a princes…” hehe, begitulah fikir Dania setiap kali berkumpul dengan adik beradik yang lain dia sangat bersyukur dengan apa yang dikurniakan kepada dirinya walaupun sebenarnya dia sangat teringgin ada adik perempuan.