Binatang Peliharaan...

Apr 3, 2010

Gang Haruk!!

Sebahagian jadual Junior bersama Senior.. Aktiviti Melahap apa saja!!

1997 - 1999

Pada kali ini gua akan bawakan kisah zaman kegemilangan di Kolej dulu Nama Uni xyah sebut nanti buat gua riak dan haloba,  dulu kisahnyer semasa belajar diperingkat tahap atasan ni gua ingat takde gejala adik, abang, kakak dan yang terbaru gua bikin sendiri sahabat angkat, rupanye di sana pun ade jugak ! Gua tak terkecuali dalam aktiviti kemasyaratan ni. Tahun petama kena follow by the book (budak baru)katakan...kalau lu kuat sangat tahap gaban sekali pun, agak-agak la kalau nak eksen tunjuk hero, nak buat huru-hara pada tahun pertama diawal pengajian adalah suatu pekara yang dikira bebal ya'amat, lu nak mampus kene penerajang kasut converse saiz 9 senior try la, gelap masa depan dowhh. Jadi beratur lah jugak bak sekawan itik yang baru nak masuk kandang dengan Nametag yang diberi diperbuat dari kad manilakad gua rasa gua punye warna kuning kalau tak silap kepala hotak gua, so senior akan mengambil kumpulan adik angkat masing-masing untuk dijadikan uji kaji mengarahkan itu dan ini dalam pemilihan yang gua rasa macam berat sebelah macam biaserrlah yang hensem yang cun yang stylo macam gua akan menjadi rebutan akak-akak senior, gua pun heran kasi can la member-member gua yang lain. hehehe!! (ini gua acah jerr...)

Juga sebaliknye... tapi yang pasti gua takde dapat akak pun yang gua dapat semua bapak2 penyamun, pengalaman pertama gua di asrama adalah seperti dibawa meronda pada sebelah malam di OneUtama oleh senior-senior entah balik pukul berapa gua dah lupe...tapi gua rase ayam dah dua kali kokok baru nak jumpe pintu bilik, memang tak dinafikan bahawa senior gua adalah best of the best walau pun gua tahu pointer diorang masa finel year tahap cukup makan akibat aktiviti bepeleseran di UpTown dan sekitar Subang Jaya juga tidak ketingalan Bandar Sunway...hehehe!

Dan cerita sebenarnya gua dengar senior nak buat reunion...gua harap akan dijemput sama.... gua tak kesah dapat duduk belakang-belakang pun takpe janji gua rock....hensem dan begaya!

P/s: Woiii pecbuk gua lu orang dah add ke blom.... asal tak ramai awekk yang add? Gambar kat atas gua ada tapi nampak Cape jerrr wakaka!!

No comments: