Binatang Peliharaan...

Apr 5, 2010

Tugas Guru Bertambah Akibat Banyak Arahan....



KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendedahkan guru menanggung beban kerja berganda akibat wujudnya ‘arahan dalam arahan’

yang mana mereka terpaksa melakukan tugasan dalam skop sama berulang kali atas arahan pihak atasan pada peringkat berbeza.

Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng, berkata senario itu berlaku apabila Kementerian Pelajaran mengeluarkan pekeliling yang mengarahkan guru melaksanakan program tertentu, namun pada masa sama mereka dikehendaki menjalankan lagi program seumpama atas arahan pentadbiran pada peringkat jabatan pelajaran negeri (JPN) atau pejabat pelajaran daerah (PPD), walaupun semua mengandungi pengisian hampir sama.

Dari petikan akhbar diatas dapat gua konklusikan bahawa..... Mentara Guru memang menghadapi tekanan kerja yang  di tahap serius ditempat kerja... disebabkan itu segala aktiviti dirumah seperti, masak-masak, kemas rumah, mop diding rumah, baca buku cerita sang kancil waktu malam,  basuh kencing berak budak dan tak termasuk lagi bangun malam buat susu diserahkan kepada gua secara berperingkat-peringkat. Setakat ini hampir 75% usaha beliau menyerahkan portfolio kerjarumahtangga  kepada gua hampir berjaya dilaksanakan dengan jayanya.... Lepas ni Gua dah nak nekad tukar kerjaya jadi maid sepenuh masa aderr sesape nak ambik gua kerje?

P/s: Gua bukan takut bini....gua sayang bini...!! Sape kata gua tak romentik... meh sini gua tempeleng..!


2 comments:

TuN Zarie UTaMa said...

hahaha... gua handle benda2 nih sambil layan fesbuk je..wakakaka kacang je..

Anonymous said...

suami mitali hang nih