Binatang Peliharaan...

May 12, 2010

Isteri Muda & Ibu Muda....



Berkahwin dalam usia muda dan seterusnya bergelar ibu dalam usia muda sesuatu yang janggal pada ketika ini di Malaysia khasnye. Namun bagi masyarakat melayu adat ini sudah menjadi kebiasaan, hakikatnye itu sedekad yang lalu. Hari ini, rata-rata para remaja lebih suka bercinta bertahun-tahun konon untuk mengenal hati budi namun banyak juga yang tergadai body dan sebagainya, nak berbicara tentang kahwin jauh sekali. Ibu bapa zaman sekarang juga satu hal lagi, susah sangat nak menerima kenyataan apabila anak gadisnye yang baru nak tumbuh pucuk dah pandai menyuarakan hasrat nak menamatkan zaman bujang atas alasan mereka tu masih dianggap mentah berhingus dan antara alasan lain, selagi tak abis belajar dan takde kerjaya jangan harap nak berlaki. Pegalaman kurang dalam menguruskan rumahtangga dan belum puas berbakti kepada keluarga pun menjadi alasan utama bagi sesetengah ibu bapa.

 Antara faktor ibu bapa yang membenarkan anak mereka kawin awal pulak, selalunya atas dasar ekonomi keluarga yang mana mungkin ibu bapa dari golongan susah, ibu-ibu tunggal dengan tanggungan anak yang ramai dan ada juga yang berfikiran ada lebih baik anak gadis mereka mengikatkan tali perkahwinan bagi mengelakkan benda-benda tak baik serta anak-anak perempuan mereka tidak terjerumus dalam pekara-pekara yang bukan-bukan. (lu pikir la sendiri) Ada bermacam pendapat dan buruk baikye.. ape-ape cerita pun pikirlah sebaiknye.. berbincang adalah jalan yang terbaik.

****************
 kelebihan kawin muda:

- Anak bleh dapat ramai (takde kuota)

- Anak dengan mak boleh main ting-ting sama-sama (ibu muda masih kuat)

- Jalan-jalan kat shoping mall orang ingat adik beradik

- Boleh ambik periksa MUET atau masuk Universiti sekali

- Jenjalan ngan bapak sure orang ingat anak ikan....(ramai yang jelouse)

- Akan lebih bertanggunjawab

- Kurang dosa maksiat (anak luar nikah dll)

Keburukan kalau Kawin Muda: 

- Duit  selalu sesak (macam trfik jem)

- Tak abis enjoy dah ade tanggungjawab lain

- Asyik nak beranakk je kerje (memudaratkan kesihatan)

- Tak sempat nak abis belajar

- Dosa belum tentu kurang...


Itu sesetengah orang la, tapi gua tengok member-member gua ramai jugak yang dah berkahwin awal dan bergelar Ibu muda nampak macam biase jerr, harmoni jerr, iyerr la hidup berumahtangga memanglah ada pasang surut bukan sentiasa tenang. Bak kata orang lama, sedang kan lidah lagi tergigit inikan pulak suami isteri... merajuk pujuk, merajuk pujuk settle la masalah tu. Manusia kalau tak diberi masalah memang dia bermasalah.... lu orang ingat kalau jadi orang kaya takde masalah ke ? kalau jadi orang kaya duit banyak boleh tibai ayam 5 ekor sekali hadap ke ? boleh bawak kereta mewah-mewah 2 - 3 bijik dalam satu masa ke ? tak jugak... so macam mana? Tepuk dada tanya hati...


P/s: Daniaaaa.... lu punya kasut sekolah tak basuh lagi! takkan gua nak kena gosok tiap-tiap minggu ! ini yang buat gua menyirap kadang-kadangg....... nak kena piat telinga budak Dania ni!


5 comments:

amirah said...

kawin muda pon ok ..cuma masalahnya kalau mampu dan sedia pikul tggjwb xpela kan..
kena ad perancangan masa depan...

Anonymous said...

err rase2 skrg ni dah trend kawen awal balik kot.

Sarabat said...

J.Love lu bila lagi....? jangan nak love ajerr derr!

Anonymous said...

Sarabat,
lambaaaaaaaaattttttttttttttttttt lagi. aku tak suke ikut trend. ;p

takde orang nak, nak kawen camne dol.

Sarabat said...

P/s: J.Love... lu kalau dah terdesak Msg gua....hik..hikk