Binatang Peliharaan...

May 7, 2010

Siri bercakap dengan JIN



Suasana jam sebelas malam di pinggir kampung memang terasa amat sepi. Desiran angin yang menolak cucor atap rumah jelas kedengaran. Suara pungguk merayu bulan terus mendayu-dayu begitu juga dengan bunyi cengkerik dan katak.

Mungkin kerana saya makan terlalu kenyang menyebabkan saya terasa amat mengantuk sekali. Dua tiga kali saya tersengguk-sengguk. Pada saat itu, saya sudah terlupa dengan makhluk ganjil.

"Makan tak jemput orang pun."

Saya segera jegilkan mata. Saya pasti, itu suara dari tetamu ganjil. Saya segera merenung ke wajah datuk. Dari kedutan keningnya, saya dapat membayangkan yang datuk berada dalam keresahan.

"Usah bimbang," Haji Taslim Singasari bersuara. Matanya tertampar ke wajah saya dan datuk.

"Dia tu kembar si mati, inilah kali kedua dia datang. Kali pertama waktu arwah sakit. Dia datang merawatnya. Ini semuanya iblis," sambung Haji Taslim Singasari sambil melunjurkan sepasang kakinya.

*************

Begitulah sedikit coretan cerita tentang Novelis Tamar Jalis yang mengembara bersama Datuknya buku Siri Bercakap Dengan JIN menjadi idola member gua Pian (nama timangan)  nama betul gua dah tak ingat... Kisah dulu2 si Tamar Jalis menjadi idaman si Pian member gua ni sampai habis semua jampi serapah yang ada dalam buku tu dia hapal. Tahap kronik yang gua perasan kat Pian bila bercakap sorang-sorang konon tengah bercakap dengan Jin.... Pian jugak kata Allah menurunkan penyakit berserta ubatnya. Fuhh bila gua dengar cerita si Pian ni gua dapat rasa dia ni bukan calang-calang budak...Dia belajar silat Gayong mandi minyak panas semua dia dah buat hebat bukan?

Gua dah lama tak jumpa Pian sejak Gua pindah ke Parit Buntar dia di Bota Kiri Perak masa tu gua tingkatan 2, Pian tingkatan 4. Last sekali gua jumper kat Penang, gua ada tanya ape cerita dengan jampi serapah dia semua? Dia jawab jampi ke hape SPM pun gua tak lepas, pasal banyak sangat berhayal gua dapat keje kilang ni pun dah syukur.....

P/s: Gua dengar Pian dah Kerja bagus kat Ipoh dan dah kawin... cerita Penunggu Gunung Raya jampi serapahnya menyirikkan sungguh!!!

1 comment:

saljuhumairah said...

best buku tuh...ada orang kata memang dia mengalami betul..dah dia pernah buat cerita di tempat tinggal aku,dan semua orang2 yang dia tulis dalam tu memang wujud dan tempat2 yang dicatit ada...