Binatang Peliharaan...

May 6, 2010

Bila doktor naik Bas!


Minggu dulu-dulu entah bila gua dah tak ingat tapi ape yang gua tengah pikir dalam kepaler hangguk gua sekarang ni macam mana nak menyettlekan masalah pemikiran budak-budak zaman sekarang yang gua rasa terlalu open minded. Bukan ape gua ada perasan yang budak-budak sekarang ni amat mudah terikut-ikut dengan fahaman-fahaman yang bukan-bukan tu tak termasuk budaya barat dan budaya kuning sebagainye, adakah pengaruh media masa memainkan peranan yang amat penting dalam pembentukkan salasilah kehidupan sehari-hari.

Minggu lepas hari sabtu, masa gua tengah lepak-lepak hujung minggu depan rumah sambil pegang majalah jutawan kat tangan sambil perhati anak gua si Danish umur 4 tahun sedang leka melihat pekerja-pekerja JKR tengah potong rumput guna mesin rumput tangan. Tengah si Denish asyik menonton siaran langsung acara memotong rumput gua panggil dengan nada lembut penuh kebapaan untuk menarik perhatiannya "Danish, abang mehh sini sayang" . Sekali panggil tak menyahut, dua kali pun takde respond kali ketiga gua jerkah "DAAnniiiSSHH" sampai nak terkeluar anak tekak ha baru lu tahu bapak lu punya vokal dalam hati gua. Danish datang dekat sebelah sambil senyum-senyum kambing. Gua tanya satu soalan keibu bapaan pada Danish.

"Esok besar Danish nak jadi ape?" sambil majalah jutawan gua gulung-gulung.

Danish : "Danish esok besah nak jadi orang potong rumput!"

Gua bingkas bangun dari kerusi pimpin tangan anak jantan gua masuk rumah... ajak bukak buku kerjaya bergambar gua nak tunjuk gambar-gambar yang best-best tentang kerjaya yang best-best supaya dia tak mudah terpengaruh dengan kerjaya yang baru dia nampak tadi. Gua mulakan dengan gambar doktor dengan baju dan peralatan sekali cerita lagi pasal gaji doktor boleh buat ape, kereta, rumah besar-besar ada kolam renang semua gua pukal sekali story kat dia supaya dia paham keje doktor ni best tahap gilerr.

Petang semalam dia bagi tau gua dia nampak banyak dokter semua cantek-cantek baru turun dari bas, gua tengah pikir ni cam mana nak buat supaya dia dapat bezakan baju dokter ngan baju awek-awek kilang.... hemm cabaran alaf baru betul!!

P/s: Hari jumaat itu hari Danish cerita dia nak masuk rancangan realiti TB Jaguh!! ni nak kira cam mana ni?

2 comments:

Kniedaz said...

hehe..susah nak bagi pemahaman kat budak2 sekarang..kena sabar lebeyyy

Days said...

anak sdare aku nak jadi tukang pungut smpah sebab nampak org yg bergayut kat blakang loro smpah tu mcm sgt stylo..aiseyh...