Binatang Peliharaan...

May 9, 2010

Allo... bila nak balikk ni??? Shopingg mall syurga dunia....


Tengah hari tadi gua ajak Mentara guru serta Anak-anak Baby Johnsons pergi Sunway Carnival shopping Mall atas alasan sempena Hari Ibu... di ulangi untuk Ibu Sahaja...maka apabila dah diwartakan sempena hari ibu gua dengan tak payah nak diiktiraf sendiri mau ingat  kena lahh menjadi baby sitter kepada anak-anak baby Jonhsons semua untuk memudahkan kaum ibu untuk menempias nafsu bershopping sakan.

Sampai kat Ruang legar tingkat atas sekali pasal parking semua penuh kena taruk kat atas bumbung yang takde tempat beteduh bahana akibat sale penghabisan stock oleh Parkson membuatkan gua berasap kepala bila kena parking dibawah cahaya matahari terikk.. pukul 12.30 pergi shopping ni aper cerrr? gua ikut kan ajerr lah malas nak gomel-gomel banyak. Bila dah ada kat dalam baru rase segar bila agin aircornd mula menyusuk ketubuh.

Tempat pertama yang dituju selepas gua park kereta skyline gua ialah bilik airr... dah menjadi tabiat agaknye bila naik kereta jerr singgah Petronas beli bahan makanan kalau boleh nak oder Mee gorengg mamak sekali nak makan dalam kereta gua, kat tempat lain tak boleh ke?.... kalau kereta Myvi Mentara Guru memang jangan harap nak bawak sebarang makanan, yang ringan-ringan pun diwartakan haram... tapi kalau dalam kereta gua siap boleh main masak-masak lagi nih!!!! pherrrrghhh menyirap...jerr.

Gua diarahkan untuk parking Anak-anak Baby Jonhsons semua di tempat Playstation satu kepala Rm 8 + 2.50 kalau takde stokin lu orang kali 3 so agak-agak berapa? gua malas nak kira. Sekali Budak Bahasa Jerman takbleh masuk.. pasal bawah umur 3 tahun kena ada penjaga. Gua pandang Mentara Guru buat muke kesian... Mentara Guru geleng-geleng kepala... gua pusing belakang cari si Dania dengan Danish dah hilang dalam bunyi binggit, gua usar-usar lagi budak yang pakai baju warna biru sekali gua pandang ada budak tengah Slam dunk kat anak cina sampai menangis-nangis, memang betul budak tu si Danish tengah buat prektis skill baru..pehh tak bleh jadik ni... Gua cari kelibat kakak dia pulak si Dania tengah main kat area bola-bola kecik sambil buat gaya kuak lentanggg jahanammm...... ini kalau gua pekik meroyan pun sahh dia tak dengarr ape dah....(pasal dah sebulan tak lepas kandang)! Gua toleh kat Mentara Guru sekali lagi.... Gua pandang mata dia dalam-dalam cuba berbicara dengan gaya tubuh dengan harapan dia mengerti maksud gua....

Mentara Guru : "Tak boleh...(sambil geleng kepala) hari ni hari saya, saya nak beli barang sikit awak kena tunggu budak-budak ni semua kat dalam" bunyi arahan keras dan tegas takde dakwa dakwi lagi.. memang muktamad mandatori...(memang sah gampang segala usaha bahasa tubuh gua tadi)

Huwaaaa..... gua rasa macam nak nangis kena duduk tunggu Budak-budak Baby Jonhsons kat Playground ni.... pukul empat baru Mentara Guru datang balik ambik gua, sambil bawak jenjenggg kiri kanan beg plastik Parkson. Dalam hati gua ada bisikan jahat, camgitu punya bawak dia kata sikit.... asal tak bawak tokey parkson balik sekali ....aduhhh kejammmnye dunia!!!


No comments: