Binatang Peliharaan...

Jun 3, 2010

Jamban Punya Pasal !! tak bleh gi....

Suatu masa dulu...

SENTUL: Gara-gara berebut tandas di sebuah restoran, seorang lelaki maut apabila diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan kayu dan senjata tajam di Prima Setapak, malam tadi.
Difahamkan, ketika kejadian mangsa, yang berusia 38 tahun, sedang minum bersama seorang lagi rakannya di restoran berkenaan sebelum bergegas menuju ke tandas premis itu untuk membuang air kecil, namun dipercayai digunakan individu lain…

Hari ni....
Kuala Lumpur: Hanya kerana berebut menggunakan tandas di rumah sewa, seorang jurujual terpaksa membayar harga tinggi apabila dibelasah rakan serumah hingga patah tangan dan bahu kanan. Lebih mengerikan apabila rakan mangsa yang 'naik hantu' turut mengejar mangsa dengan pisau selepas mangsa enggan mengalah selepas mereka bertengkar...


Dialog P.Ramlee

"Sudah la aci, taik punya hal pun mau gadoh ka...."


Jamban ! mungkin macam tak best jer bunyi nyerr, tapi hakikatnya bagi yang sedang berurusan adalah suatu kenikmatan. Alkisah pagi tadi gua tengah baik punya perut memulas bersedia dengan harapan dapat melabur labih banyak hari ini disamping dividen angin-angin yang berlebihan dapat dihasilkan supaya lebih lancar dan bergaya pergerakan hari ini. Berbekalkan idea-idea baru untuk dibentangkan ketika urusan pelaburan belangsung sebentar nanti dari sektor ekonomi malaysia serta masih berfikir macam mana spender Levis milik saipol boleh dicuci di rumah tunang beliau? dan cerita blog yang dah lama tak update semuanya didalam kotak fikiran gua ketika itu. Bila tiba dipintu utama toilet gua jenguk ke dalam 2 pintu jamban tiada urusan sedang dijalankan siap sedia menanti client, ini menambahkan lagi semangat gua untuk berurusan pagi ini tanpa gangguan birokrasi dan sebagainya.Gua dah ready semua dah dibuka bersedia untuk lending ke kaunter urusan kreekkk... pintu toilet utama dibuka dalam hati gua (jahanam baru nak start.. gua tengah nak fill niiie)
"gaji sehari berapa....tigo poloh... banyak jugak.. yaa, kerjanya susah ngak?....#!@!#$!@! dll"

HAmjadah...punya turr kakak clinear bleh beborak kat dalam toilet lak niee.... adoihhh! gua dah keluarkan duit kecik nie.. mana bleh stop-stop.... ahrrr lantak la, nasib ko la...... macam dah takde tempat lain nak borak..... habis segala... imaginasi gua untuk dibentangkan pagi ini terbengkalai disebabkan gangguan teknikal... akak indon bleh cuci toilet sambil sembang kencang kat dalam toilet ni. Sekali gua yang tertahan-tahan dalam bilik kecik dah dua kali kasi isyarat ada orang dalam jamban kecik ni... dengan harapan menarik flus agar dia orang blah..hemmm diaorang buak dekk jerr sambil meneruskan topik jawatan kosong sebagai tukang cuci... hampehhh btol.. kesudahan nya gua pulak menanti diorang abis cuci. Gua pun dah takde selera nak berak lagi ni... gua dah siap untuk urusan terakhir... ikkkk.. ehhhh!!
"bahh....mana getah paip ni.....? ah sudahhhh.....! Jahanam Gua... "
Gua gi panjat tengok toilet sebelah ,..ada.....ada kat sana.. persoalan gampang sekarang ni, macam mana gua nak ambik kat bilik sebelah..... tolong bayangkan camnerr gua nak gi ambik.. gunakan sepenuh imaginasi kotor lu orang semua.

P/s: Lu kalau nak melabur kat tempat awam atau dimana saja.. pastikan ada dua benda....Air & getah paip paling koman timba kecik (gayung)!!

5 comments:

Anonymous said...

gua syak lu kene beli iPhone/blackberry so bile masuk toilet, then dah siap project tapi takde tisu, getah paip or air, ko boleh update status kat facebook mintak tolong kawan-kawan.

KAHKAHKAHKHAKAHKHAKHAKHAKAHKAHKAH!!

bARdbOO said...

pssstttt...lagi satu kena check dulu ada air ke x..hehe

Sarabat said...

J.love - Gua ade fikir camgitu.... tapi gua tak rase nak bawak masuk sekali pagi tadi.... lain kali gua cuba prektik cara berfacebook ni.... yang jadi mangsa suruhan gua tolong ambik getah paip tidak lain dan tidak bukan sahabat ku Dato!!! wakakaka

Balqish said...

salam ziarah.
macam mana tak tengok dulu dari awal ni?
hehehe.
tak pe.
buka pintu lari cepat-cepat untuk capai gayung.
(kalau tak ada orang).

Sarabat said...

BalqisShafiqa - Gua suspek ada yang galak gi ambikk getah paip di awal pagi buat siram pokok bunga....!! selalu ada . (gua dah prektikan cara berlari sambil tarik baju)