Binatang Peliharaan...

Jul 9, 2010

Sotong Piala Dunia Buat Hal lagi!!



MADRID - Kerajaan Sepanyol semalam melahirkan kebimbangan berhubung masa depan sotong peramal pertandingan bola sepak Piala Dunia 2010 yang dipelihara di Akuarium Sea Life, selatan Jerman ekoran keputusan perlawanan separuh akhir semalam di Afrika Selatan.
Paul mendapat perhatian meluas setelah membuat ramalan tepat semua enam perlawanan melibatkan Jerman.
Sotong itu turut membuat ramalan tepat dengan memilih Sepanyol menewaskan Jerman.

Kerajaan Sepanyol bimbang rakyat Jerman akan membalas dendam dan mengikut jejak penyokong-penyokong Argentina sebelum ini yang mahu menjadikan sotong tersebut sebagai makanan ekoran ramalan Paul mengenai nasib negara itu.

Menteri Perikanan dan Alam Sekitar Sepanyol, Elena Espinosa mencadangkan langkah keselamatan untuk Paul dilakukan dan beliau akan memohon Majlis Menteri Eropah membuat larangan supaya Paul ditangkap bagi mengelak peminat Jerman daripada memakannya. Segelintir penyokong Jerman yang kecewa selepas kalah kepada Sepanyol mengirim pesanan menerusi pelbagai forum di Internet sehingga ada yang menawarkan ganjaran bagi mendapatkan sotong berkuasa psikik itu dan dijadikan hidangan panggang barbeku.
Seorang wartawan Jerman pula dalam ulasan setelah perlawanan berakhir membayangkan dia kini amat teruja untuk memakan Paul.
Situasi itu menyebabkan ramai rakyat Sepanyol mulai bimbang dengan nasib sotong tersebut.

Menteri Perindustrian Sepanyol, Miguel Sebastian menyarankan pihak berkuasa melakukan pemindahan segera secara percuma terhadap Paul untuk dibawa dari Jerman ke Sepanyol demi memastikan keselamatan haiwan itu. - AFP

Sumber - Kosmo

P/s: Gua aderr dengar ura-ura tiada tekaan dibuat oleh Paul Untuk aksi Final tapi...dari beberapa sumber dan email yang gua dengar Paul telah pun membuat tekaan bagi pelawanan akhir antara Belanda dan Spanyol dan pilihan si Paul kali ni adalah kemenangan untuk Belanda..... gampangg sungguh gua rasa, hari ni aderr sesapa nak oder Sotong goreng tepung ke ape??? Gua marah jugak niiii..... gua baru niat nak sokong Spanyol - Harapan gua pada si Puyol jerr la kali ni hehehe.....!!

3 comments:

MiaSaidin said...

hahaha.. tak lama dah nak kena gulai tu..

Sarabat said...

Gua dengar member gua cakap...menu berasaskan sotong memang tengah laku dipasaran... harga sotong pun dah naikkk!!! sesape bukak restoren boleh taruk nama sotong Paul masak asam pedas...amacam gerek tak??

Anonymous said...

eh. bukan paul predict spain menang 3-1 ke?

tapi gua rageeeeeeee dengan sotong ni!!!