Binatang Peliharaan...

Mar 15, 2010

Pergi Kursus!!


Semalam Gua antar Mentara Guru ke station bas Butterworth kerana beliau hendak berkursus di Kelantan selama seminggu. Gua menghantar dengan tunjuk muka kesian moga2 beliau tak jadi pergi, namun segala usaha gua ibarat mencurah air ke daun keladi, bukan kata nak kesian, jerkah-jerkah suruh bawak laju lagi adalah pasal dah lambat.

Sampai Station bas gua kasi turun bagasi..pastu pergi cari parking kat sebelah kedai apek jual air, oklah sekali parking RM2. Gua menuju ke tempat bas cari-cari mentara guru kat area bas ke Pantai Timur, ramai pulak budak sekolah, yang gua bleh syak dia orang budak sekolah ada sorang makwe cun ni masih pakai baju kemeja sekolah dia nak lalu depan gua sambil mintak lalu dia say camgini:

"pakcik tumpang lalu" pehhh berderau darah dengar seehh tak kan tua sangat gua ni...agak2 la wehh!!

nasib baik lawa....

Gua terus down semangat nak menekel kaki mana-mana awek ini hari...terus gua melulu dekat Mentara Guru tanya bas dah sampai ke blom. Mentara Guru cakap bas dah ada tapi ada masalah sikit, budak yang jual tiket tak datang, tiket pulak dia jual belebihan jadi nak kena konpom sekali lagi, kalau tak kena naik bas tambahan. ( gua bleh agak dia orang ni nak ambik kesempatan sempena musim cuti sekolah)

Gua kata kat Mentara Guru, gua ade kenal pegawai dari KPDNHEP "lu nak gua call sekarang ke buat aduan," gua buat muka serius, Mentara guru cakap takpe diaorang janji ada bas, "okey takpe gua kasi can kali ni" gua jawab sambil muka serius.

Berdiri duduk dah dekat pukul sebelas takde perubahan gua dah nak angin....so gua pergi kat kaunter tanya ape cer? Pastu gua tanya last "ni camna ni abis nak tunggu sampai bila" Gua buat muka garang. Ala.. Brother yang jaga kaunter tu kecil je boleh makan la.. gua ex sikit dalam hati macam keretapi gak.

lima minit pastu brother tu bagi tau bas dah ada tapi ada sorang jerr bleh naik sit belakang. Gua jeling brother bas sambil angkat-angkat kening tinggi2, "okey abang bleh naik sekarang" ha itu yang gua nak dengar...okey settle. Gua angkat bagasi yang besar macam nak lari rumah terus masuk bawah perut bas, Gua toleh-toleh Mentara guru dah takde ciss rupanyer dia dah selamat kat dalam bas tak suspect gua langsung gua terus antar msg guna talipon tangan camgini:

Gua: "Lu naik bas terus takde nak salam2 dulu ke?, okeylah kalau camtu takecare, ape2 jgn lupe call. Gua nak gi jumpa awek2 fb" saja nak tengok dia nak balas ape. Tapi gua tunggu jugak bas jalan dulu baru gua gerak.

Sampai dalam kereta hanphone bunyi msg masuk...hehhe dia nak balas ape.

Mentara Guru: " Ala.. orang bas tu bad mood. Sorry, ni pn dok belakang sekali. semua lelaki!! oh yerr ingat jangan lupa beli susu,pampers,sayur, mandian, kicap, ayam, ikan dan kopi. Jangan beli kopi tongkat ali nanti lu keras sorang2"

ciss.... banyak sungguh pesanan, yang last tu takyah la bagi tau gua tahu la nak handle...

P/s: Lu duduk belakang baik-baik gua dengan awek2 fb takde ape-ape lu kat belakang jangan macam-macam gua susah hati niehh!! 

No comments: