Binatang Peliharaan...

Mar 12, 2010

Tazkirah Jumaat....


Hari ni pegawai dari Jabatan Agama Islam telah melaporkan diri di jabatan gua, setelah jawatan itu kosong dah hampir satu tahun setengah....Pezal ada jugak pikir nak apply jawatan tu dulu, tapi gua dengan dato Z sempat menghalang niat dia pasal dia punya ajaran boleh menyimpang....jadi dia batalkan niat dengan beristirfar panjang... SPM dia Agama dapat  cukup makan kredit ok ke nak jadi Ustaz ?

Tadi masa tazkirah jumaat yang disampaikan oleh ustaz yang baru ni, gua rasa dia memang ada karisma dalam pendekatan cara untuk menyampaikan tazkirah. Gua tabik sama dia, tak muda sangat tapi tak la tua sangat dengan gua macam abang adik jerr tapi jauh gua hensem lagi la. hehehe...

Masa tazkirah juga Dato gua tengok asyik sungguh mendengar isi padu syarahan yang bertajuk 'keberkatan orang yang mendengar atau menghadiri majlis ilmu terutama pada hari jumaat' sampai gua buat-buat batuk pun dia dah tak pandang kiri kanan, So lepas ni gua dengan Dato ingat nak tukar kata nama panggilan 'Anta' 'Ana' supaya lebih islamik.

P/s: Anta jangan macam-macam Ana ada banyak kerja lagi mau bikin. Ana kalau ceramah panjang2  Anta kata Ana nak jadi Ustaz.

No comments: