Binatang Peliharaan...
Apr 2, 2010
En. Hasmawi pergi Bukit Frezer..
Petang tadi masa lepas solat jumaat En. Hasmawi, gua sama Dato lepak depan opis, sementara nak masuk shif petang selepas sesi melahap nasi briani Ali roti canai papan dam. Duduk lepak kat depan opis, waktu-waktu petang camgini sambil kena angin tepi laut memang tangkap syahdu ditambah lagi dengan nyayian syhadu Dato 1 April versi link(Fazley-bila-April) gampangg sumbang.
Lepak kat depan opis sambil dengar Dato nyayi boleh buat perut memulas tak pasal-pasal, untuk memecah sunyi En. Hasmawi buka mulut jugak akhirnya untuk mengelakkan hujan asid turun petanda sumbang.
En. Hasmawi: "Dowhh...lu orang pernah gi Bukit Frezer ke?" soalan yang ditanya berbentuk rekriasi sekeluarga.
Gua melangut tengok awan...saja buat tak dengar pasal gua tak pernah sampai. Dato yang tengah menyanyi terhenti tiba-tiba pastu pandang muke gua sambil geleng-geleng kepala.
Dato: "Gua Bukit Frezer tak pernah sampai tapi kalau Bukit Tinggi gua tau" balas Dato buat muke eksen hensem macam baru menang lotteri.
Gua dengar jerr perbualan dia orang malas nak gomel macam-macam pasal gua memang takde idea pasal tempat tu.
En. Hasmawi: " O....Bukit Frezer dengan Bukit Tinggi tak sama yerr?" tanya En. Hasmawi lagi angguk paler. "tapi dua-dua tempat peranginan tanah tinggi yerr?" tanya En. Hasmawi lagi.
Dalam hati gua dah nama pun Bukit.... tentu la tempat tinggi, kalau 'Busut Frezer' lain la jugak. Gua malas nak menyampuk, gua dengar-dengar ayam sambil gosok-gosok mata yang merah tanda mengantuk.
En.Hasmawi: "Bukit tinggi camner dia punya tempat ok ke, best ke?" En. Hasmawi tanya bertalu-talu macam beria sungguh nak pergi.
Dato: "eh...besttt! gua dah pergi dua kali tempat tu, cam inggeris stail bestt o" cerita dato sungguh-sungguh macam selalu sungguh dia pergi tempat tu. Gua yang mengantuk tetiba jerr terbeliak mata mendengar cerita Dato...o best yerr! inggeris yerr!
En.Hasmawi: "wah best yer, macam mana nak pergi sana arr? eh jalan dia senang ke? macam Cemeron Higland ke? tanya En. Hasmawi lagi, sekali tanya berderet-deret terus takde ingat nak brek-brek dah macam keretapi gerabak.
Dato:.......... err!
Gua dah agakkk...! dari mula cerita gua dah agak mesti dia nak buat hal....
Gua: "Lu tak tahu jalan kan..... lu tumpang orang, pastu lu naik kete lu membuta kan" gua buat tekaan rambang.....!
En. Hasmawi gua tengok macam tak puas hati... gua malas nak campur gua angkat kaki pergi ke muka pintu opis bila gua toleh belakang gua tengok En.Hasmawi tengah kilas tangan Dato kat belakang...ishh buruk perangai orang tua ni (dalam hati gua)
gua malas nak campur biarlahh dia orang nak beguling depan opis pun... gua nak masuk opis taip entry baru!
P/S: woiii lu orang tahu ke jalan nak ke Bukit Frezer? En.Hasmawi suruh tanya nihhh. Nak naik jalan ok ke ?susah ke? Bukit Frezer tu tinggi ke? Best ke? Hotel cam mana ada diskaun ke?...cehh gua tanya pun dah macam En. Hasmawi cam keretapi. blahh la woiii!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
jangan tanya gua jalan nak ke sana...haha
zarie:
senang je nak ke sana.. ikut jer highway.. hehehe
hehe....aku penah p naik basikal lorr..
Post a Comment