Tazkirah Jumaat......
Hati kita adalah tempat pandangan Allah SWT. Ia merupakan tapak semaian iman, wadah fitrah, akal dan hikmah. Hati kita pula adalah raja bagi seluruh anggota badan. Apabila hati itu baik akan baiklah seluruh anggota badan dan apabila hati itu rosak maka akan rosaklah seluruh anggota badan.
Oleh itu kerana, banyak sekali nasihat dan tunjuk ajar yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah saw. Kepada ummatnya sebagai "Penawar" yang sangat Mujarab bagi merawat dan menjaga kesihatan hati.
+++++++++++
Dari Abu Umamah Iyas bin Sta'labah al-Haristi radhiallahu anhu, Bahawasanya Rasulallah saw. bersabda:
"Sesiapa yang mengambil hak milik seseorang Islam dengan sumpahnya, iaitu tanpa keredhaanNya maka Allah swt. telah mewajibkan neraka baginya dan telah mengharamkan syurga untuk dimasukinya. Walau pun hanya barang itu hanya sebilah kayu sugi......"
Dalam sebuah hadis lagi Rasulallah saw. bersabda: " bahawasanya tidak masuk syurga dan akan diletakkan ke dalam neraka bagi mereka yang menggambil hak orang lain walau pun si 'Fulan' itu mati dalam syahid ketika perang." wallahuallam.................
Nota kaki: Duit tak boleh bawa mati, tapi hutang duit dibawa mati! fikir-fikirkan dan selamat beramal....
No comments:
Post a Comment