Binatang Peliharaan...

Apr 8, 2010

Perompak Sopan-santun !! Puaka Niang Rapikk!


Ledang: "Mereka terlalu baik kerana kami empat beranak tidak diapa-apakan. malah meminta secara berkhemah dan sopan-santun supaya kami tidak melawan, " kata Hamidah Ali, 52 yang kerugian lebih RM5,000 selepas rumahnya disamun empat lelaki dipercayai warga Indonesia bersenjatakan parang, pagi semalam.....

HMetro 8.4.01

*******************

Jadi dapat lah di rumuskan bahawa penyamun-penyamun samseng dizaman  ini sebenarnya antara orang-orang yang berbudi bahasa, lemah lembut dan sopan-santun. Lepas ni kita mungkin tak heran lagi kalau ade penyamun yang mengunakan pantun sebagai pembuka kata untuk menyamun dan.. perompak duduk bersimpuh atau bawa dulang sirih. Gua bukan nak kata benda ni baik tapi gua rasa tak lama lagi mungkin kita sendiri tak tahu yang mana satu penyamun yang mana satu Mat Hensem kerana perompak dan penyamun sekarang dah mempunyai profile yang baik-baik...kalau sekali pandang takde langsung muke penyamun malah dah macam orang berniaga besar-besar... apa nak heran sekarang orang tak sekolah pun boleh gaji besar, rumah besar, kereta besar...bini jerr nak yang slim river, pasal semua orang nak maju nak kaya dan nak duit. Mungkin dengan teknik-teknik dan cara yang betul  seperti MLM ke, saham Forex tak pun Fesbuk RM100 perklik pun bleh jadi jutawan ape, gua tengok banyak yang tangkap gambar kereta dan rumah hebat-hebat sambil angkat tangan tunjuk ibujari (best) . Tapi gua pun tak berani nak sahkan. (lu pikir la sendiri)

P/s: Apa-apa pun lu orang jangan pentingkan kebendaan bila belaku kecemasan sebegini... bagi jerr apa penyamun tu nak (agak-agaklah jugak) kalau diaorang nak ajak berpantun, karang lah pantun 2 kerat saja.. supaya cepat sikit aktiviti jahat ini selesai... dan lu orang selamat! Wallahuallam....

++++++++++

Oh yerr sebelum gua lupa... mulai minggu depan setiap Hari Selasa & Khamis gua akan ulas cerita-cerita setempat dari akhbar-akhbar tempatan.... lu orang jangan lupa kasi komen membena dan datang selalu.... lepas ni gua nak berblog sampai muntah....anak gua, gua suruh mandi dan pakai pempers sendiri-sendiri (1thn 4 bln) demi lu orang semua. Kerja-kerja kat pejabat tu... gua dah kawtem dengan kakak clenner tolong settlekan. Kalau sapa-sapa datang opis nak jumpa gua... gua maki hamun dengan kata-kata kesat "ingat ni welfare ke" supaya diorang tak datang jumpa gua lagi......hemmm....hmmm gua dah banyak merapu ni.... !!

Puaka Niang Rapikkk & Penunggu Gunung Raya mana lagi seram??

2 comments:

Nor atau Nad said...

ahahaha
salute sama perompak sekarang
mereka semakin ada class!!

Cik Norfa said...

jahanam tul entry ni! hahaha...

ape kaitan dengan puaka niyang rapik tu bang oii..

aku ingat ade kaitan mcm perompak tu mulut dia mcm puaka ke...