Binatang Peliharaan...

Oct 7, 2010

Sewa rumah di Galas RM10,000 Sebulan !




re-view......

Pehh!! sekali Pilihan Raya kecil berlangsung maka akan meriahlah tempat-tempat yang sebelum ni haram sape pun tak tahu dan tak nak ambik tahu kat mana? dan di mana?, boleh dikatakan ranking sesuatu kawasan atau tempat yang melangsungkan acara Pilihan Raya kecil-kecilan ini akan menjadi popular dalam masa yang cukup singkat.

Ini kerana bukan sahaja akan belangsungnya acara cabutan undi memilih calon semata-mata tetapi jentera-jentera undi akan  berkampung disana untuk meraih undi, gerai-gerai makan tepi jalan akan bercambah bak cendawan diwaktu pagi... rumah-rumah sewa dan tumpangan Ah Hong turut menjadi bualan ramai, rumah Pak Meon yang dah nak runtuh bila-bila masa pun  turut tidak ketinggalan mengambil bahagian menjadi homestay ala-ala Inggeris style. Kawasan pengundi akan di sajikan dengan kemudahan-kemudahan yang tak pernah termimpi... dulunya hanya ada titi-titi kayu reput yang senget sebelah, sudah bertukar wajah dengan Jambatan Batu Besi kaler biru....siap dengan upacara potong reben, kenduri kendara turut dilawati oleh pegawai-pegawai berjawatan besar... pengantin turut mendapat rezeki terpijak apa tidaknya duit salam dah betukar kaler itu tak termasuk hadiah misteri...

Kampung yang sememangnya dulu hidup segan mati tak hinggin.. tiba-tiba menjadi begitu meriah (Misteri Penunggu Pilihan raya) banyak aktiviti sosialis turut berlangsung, acara sukan-nika tidak ketinggalan, lari dalam guni, bawak bola ping pong dalam sudu dan larian kaki gajah turut tidak ketinggalan memeriahkan acara, cuma belom ada gua dengar acara main dam aji...banyak masa terbuang kat situ. Acara lawatan dari rumah ke rumah tidak dapat dilupakan langsung (acara wajib) acara ini lebih kepada kaum hawa, ketika acara menziarah berlangsung takkan datang dengan tangan kosong je! Pekak-pekak pun kain sarong cap gajah duduk turut diselitkan menjadi buah tangan pengunjung (rezeki terpijak lagi).

Dari penglihatan gua yang dah 3 kali buang undi, kemeriahan Pilihan Raya Kecil lebih memberi impak maksima yang sungguh besar kepada penduduk setempat dari segi mendapat sedikit kemudahan asas serta menjana sektor ekonomi setempat walaupun selalunya masa berkempen hanya dalam tempoh dua-tiga minggu tetapi ia turut menyumbang kepada pendapatan seisi keluarga manakala dari segi kegelemoran kawasan tersebut turut menjadi bualan hangat didada-dada akhbar, TB dan blog...hehehhe, gampang.. ape gua merepek ni!!


P/S: Alamak... cilake! gua lupe nak taip pasal tukang panjat, pasang bendera!!

No comments: