Binatang Peliharaan...

Jun 1, 2010

Mewah jaja nama Laki..???



KUALA LUMPUR: Setiap kali bertemu bakal ‘mangsa’, wanita berusia 38 tahun ini akan menjaja kisah sedihnya yang terpaksa bekerja keras mencari duit untuk menyara dua anak kerana mendakwa suaminya malas bekerja.
Kisah sedih hidup ditambah kepetahan bercakap mengenai peluang pelaburan dan tawaran memperoleh projek besar menyebabkan ramai ahli perniagaan terpedaya sejak empat tahun lalu.
Taktik itu memberi kesenangan kepada wanita terbabit apabila mampu hidup mewah dengan memiliki beberapa kenderaan dan rumah selain melunaskan pelbagai hutang yang mencecah ratusan ribu ringgit.

Setakat ini, 15 ahli perniagaan di Kuala Lumpur dan Selangor menjadi mangsa tawaran projek ‘hantu’ dan pelaburan skim cepat kaya wanita itu yang kononnya mampu memberi pulangan berlipat ganda.

Wanita terbabit juga memperoleh lebih RM500,000 daripada kegiatannya dan menjadikan sebahagian wang itu sebagai modal perniagaan diusahakannya sejak setahun lalu.

Bagaimanapun, perbuatannya terbongkar apabila dia ditahan Selasa lalu oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras diketuai Inspektor Mohd Mahatir Abdullah di rumahnya di Alam Damai, Cheras di sini, selepas kegiatannya dilaporkan.

kebanyakan mangsa terpedaya selepas suspek menjual kisah malang kononnya mempunyai hutang keliling pinggang kerana bersuamikan lelaki pemalas serta terpaksa menanggung dua anak yang menuntut di institut pengajian tinggi (IPT) dan seorang lagi yang masih bersekolah.


P/s: Okey...... ni nak kira penipuan cam mana pulak..... ade ke suami cam gini??? kalau aderr nak buat cam mana ye? ke sajerr nak kasi story ni hot . Asal tak bleh taruk tajuk lain ke.. jaja nama anak ke.. nak sambung belajar anak takde duit ke! atau hutang kelilingg pinggang tak bleh bayar ke!! asal nak kena taruk nama lelaki gak.... gua tak kesah pun.... pasal gua rajin... tak caya tanya MG...hehe!!

2 comments:

Anonymous said...

gua pun nak buat lah. mane tau boleh beli condo dua tiga bijik. X6 sebijik. fuuuuu best!

Sarabat said...

okey! gua nak tumpang duduk condo lu nanti... err..BM x6 tak beraper gampang sangat, lu try mintak beli mini cooper s~hihgligh baru kena gaya mutu dan keunggulan!! wakaka