Binatang Peliharaan...

Jun 22, 2010

Anak Bapak!!!




Gua dah lama tak menyambut benda ni semua.... gua pun malas nak cari fakta atas alasan ape benda ni semua ujud, tak kiralah dari sudut ilmiah atau moralitinya... apa pun amat tersangat baik kalau kita dapat menghargai seseorang yang menjadi perlindung kita, tulang belakang kejayaan saporter, banker dan banyak lagi lahh, memang kita tak sepatutnya kira ada hari atau waktu yang perlu ditetapkan bagi menyampaikan ucapan tapi sekurang-kurangnya ada dari terus alpa, so memandangkan dah ada hari yang special bolehla cuba buat.... tapi kalau nak tukar tarikh pun takpe, ikut suke lu orang semua lah bila hari yang dianggap sesuai, benda ni pun bukan ade sapa nak paksa, apa yang penting keiklasan penghargaan yang sepatutnya nak disampaikan tanda terima kasih atas segalanya itu yang penting!!! duit bukan segalanya.... tapi segalanya selalunya kena duit!! entah gua pun tak pasti... tapi apa yang pasti takde bapak.... sapa la kita...takde atuk kita....bapak kita kena pikir??? Sebenarnya gua dah tak berapa nak perasan dah dengan hari2 istemewa camgini, semuanya sejak mak dan abah dah takde lagi, menemui maha penciptanya Allah swt. (semoga dicucuri berlimpah rahmat keatas roh mereka) apa pun selamat hari bapak pada semua Bapak-bapak sedunia... ingat akan tanggungjawab yang diamanahkan kepada anda... kalau tak bleh handle jangan segan silu nak berbincang dengan pasangan anda... jika tiada pasangan anda mungkin tiadalah anak-anak anda sekarang ni......!!! okey gua dah mengarut, bahana tak taip entry dah berminggu-minggu.....

Anak-anak baby jonhsons semua dah nyanyikan lagu ibu dan ditukarkan kepada lirik Ayah bersesuaian dengan sempena hari bapa untuk gua... cuma bezanya lepas nyanyi Dania & Danish dah pandai buat permintaan nak basikal baru.. gua tanya balik sapa punya hari, ini hari??? Danish buat tak endah nyanyi sambil ulang lagu ibu ikut versi Ayah kuat-kuat konon-konon gua boleh makan pujuk ini hari.....BASIKAL BARU

1 comment:

Anonymous said...

hi daddy. be my banker pleaseeeeeee!!!