Binatang Peliharaan...

Jul 13, 2010

Sotong Piala Dunia Pencen !!



BERLIN - Sotong kurita selebriti, Paul yang menjadi sensasi kerana meramalkan tujuh perlawanan bola sepak Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan akan bersara daripada membuat ramalan perlawanan bola sepak.
Menurut jurucakap Akuarium Sea Life du Oberhausen, Tanja Munzig, haiwan itu tidak lagi melakukan urusan ahli nujum.
"Ia tidak lagi membuat sebarang ramalan sama ada bola sepak atau politik, gaya hidup atau ekonomi.
"Paul akan kembali dengan pekerjaan lama iaitu membuat kanak-kanak gembira," kata Munzig.

Sementara itu, seorang ahli perniagaan Sepanyol mahu membeli Paul dengan harga AS$38,000 (RM121,676) dan mahu menamakannya Paulo.
Ahli perniagaan itu mahu menjadikan haiwan tersebut sebagai maskot untuk satu majlis makanan yang besar.

Sumber- Kosmo !!

P/s: okey gua pun dah lega dengar berita ni semua... macam-macam versi yang dah keluar..... jangan ade yang berminat nak bela sotong atas sebab-sebab konon nye sotong ni boleh buat ramalan segala macam benda, telingkup dunia tak jadi kerja. Mungkin benda ni akan disebut-sebut lagi untuk berdekad lamanye, mana idak nye... ramalan si sotong Paul ni 100% tepat pada Piala Dunia 2010 confirm, menjadi sebutan anak cucu kita lima nam puluh tahun dari sekarang!!!  rasa-rasa ada lagi kerr blog sampah gua ni??

3 comments:

mira ellyna said...

haha paul2

Siti Noor Aminah said...

50,60 tahun dari sekarang, jadi nenek blogger lah ye.. maybe time tu lagi advance..






itu pn kalo idup lagi.. ekekeke.

Sarabat said...

mira ellyna - Comeii kan si Paul nie...!



Gadis Comel - Okey! gua setuju....! hehe