Binatang Peliharaan...

Apr 22, 2010

Panduan Pelaburan Ikan Arowana (Tahap jutawan Gaban)


Gua nak tanya satu soalan sebelum gua terus menceceh pasal benda niehh... Lu orang kenal ke apa itu Ikan Arowana atau kelisa?? 

Ikan Arowana atau kelisa merupakan antara ikan peliharaan yang paling mahal yerr ke? gua rase la.. Terutama sekali Kelisa Emas yang boleh mencecah puluhan ribu malah ada yang sampai ratusan ribu. Kira tahap gila gampang jugak hobi ni sampai nak kena beli ikan puluhan ribu ringgit. :p apa-apa pun hobi lu tak bleh kata ape...apa yang penting puas hati, biar sakit poket janji sedap mata memandang dan tenang hati dan perasaan kalau mampus ikan tu...hahaha! (melopong)

Tapi jangan tak percaya itulah hakikatnya sebenar-benarnya. Ada kepercayaan ikan arowana ni boleh membawa tuah kepada tuannya. Macam ikan flower horn jugak kalau ada banyak merah kat badan ikan, pastu ada pulak corak menarik dalam bentuk tulisan cina dan kepala berjambul besar memang harga gampang tak ingat punya mahal dan makin menjadi-jadi dia punya Ong.  Lu boleh beli kereta Grand livina masuk 7 seat harga cash. Cilakak mahal!

Tapi sekarang ni ikan jenis flower horn ni dah tak bernilai malah kalau saja-saja nak pancing ikan di sungai kerian ni, kalau dulu bleh dapat ikan puyu, keli dan haruan tapi sekarang boleh dapat ikan kepala besar ni aje, mana taknya habis semua ikan yang tak laku dijual atau dah penat nak bagi makan terus campak dalam sungai, lepas tu habis dia makan semua anak ikan lain dalam sungai...tak ke naya!!

Sekarang ni muncul pulak satu pelaburan baru dengan menjadikan ikan arowana sebagai bahan pelaburan. Model operasi lebih kurang camgini:

Bagaimana ia beroperasi?
Penganjur skim ini akan buka pelaburan untuk membeli induk ikan Arowana dengan harga RM5000 hingga RM20,000 seekor. Penganjur akan “tolong” bela ikan tersebut sehingga ikan tersebut bertelur & menetaskan anak. Biasanya induk Arowana hanya bertelur sekitar 20 biji telur je setiap kali. Bila ia mengawan, telur ikan arowana akan ditelan oleh Arowana Jantan dan membesarkan anak ikan tersebut di dalam perutnya.
Bila dah besar skit, baru lah anak ikan tersebut keluar dari mulut “bapa” arowana  dan berdikari sendiri. Jika ada sebarang bahaya, bapa arowana akan memberi amaran & anak ikan akan masuk kembali dalam mulutnya sehingga keadaan selamat. Setiap ekor anak ikan ini akan dibeli semula oleh penganjur pada harga RM900 seekor. Jadi jika kesemua anak ikan tersebut hidup, pelabur akan menerima RM900 x 20 atau bersamaan dengan RM18,000 setiap kali ikan tersebut bertelur/beranak pinak.
Ikan Arowana bertelur setahun sekali. Jadi tahun pertama pelabur dapat la RM18,000. Pada tahun kedua pula pun sama sehinggalah ikan tersebut mati. Nampak lumayan dan hebat?
Betapa hebatnya industri ikan arowana, menyebabkan ramai orang Melayu jual tanah untuk dijadikan kolam arowana di Bukit Merah & Taiping. Cerita memang betul ni! Kalau orang sana tahu la kot. Dalam majalah 3, rasanya pernah keluar pasal industri ikan arowana di Bukit Merah ni.

gua dengar Abang-abang teksi di Bagan Serai petang-petang lepak kat stesen teksi dengan BMW 3 Siri, walau pun duit dah bekapok dalam poket, tapi kerjaya sebagai pemandu teksi tetap diteruskan sebagai hobi.... ehh..cerita ni Hobi bela Arowana ke cerita Hobi bawak teksi....lalala

Apa-apa pun sebelum lu orang nak buat pelaburan ke ape, gua aderr sikit tips kat bawah niee... supaya takde la kena telan dengan bapak Arowana....


Bagaimana penipuan boleh berlaku?

-Ikan arowana hanya berteluar sekitar 20 biji je. Disebabkan semua urusan membela diuruskan oleh Penganjur. Mereka boleh kata, 10 biji je bertelur sedangkan 20 biji telur. Dan 10 biji lagi tu, Penganjur tibai. Pelabur bukan tahu pun? Semuanya diuruskan oleh panganjur. Pelabur hanya tunggu duit je. (Tapi ada penganjur yang bagus dia panggil semua pelabur yang ikan dah betelur supaya tengok sendiri dari dalam mulut Ikan Induk)

-Kadar kematian ikan arowana sangat rendah kerana ia membesar di dalam perut arowana jantan. Ia hanya keluar bila dan cukup kuat untuk berdikari sendiri.
Bukan tu je.

- Tapi banyak lagi cara yang penganjur tak iklas ni boleh cakap seperti induk yang lu orang beli dah mati (walaupun tidak mati) dan sebagainya menyebabkan wang pelaburan hangus. ( tapi lu orang kena kawteam la dulu sebelum nak join ada insurans ke ape)

-Tak semua penganjur ambil kesempatan tetapi kita kena berjaga-jaga juga, cuba lihat dia punya pengalaman dan reputasi, boleh tanya kepada yang pernah menyertai. Kebanyakan yang join sebenarnya orang asing yang modal memang gampang besar-besar...tapi orang tempatan pun ada yang join contoh abang teksi kat atas tadi la ape ingat abang teksi takde duit ke?...Nak cun lagi datang sendiri tengok kolam dulu...dan selidik ada banyak penganjur yang buat skim ni... jadi berhati-hati.

P/s: Kalau lu orang ada maklumat boleh kongsi dalam ruangan komen...atau nasihat kat sini! dah la... gua nak bagi makan ayam serama gua.... dah lapar tu! (hobi ni pun boleh dapat Ong) sendiri bela sendiri jual....!!

2 comments:

Edy Syarman said...

saya baru didatangi mereka ni...kesimpulannye boleh ke kite melaburkan duit tu...ade org dah join?

Anonymous said...

sy rs xperlu join biz cmni..
risiko terlalu besar dr segi penipuan n auta.. kenapa?

1. Ia bukannya saham krjaan spt ASB
2. Tiada jaminan pun kawalan dr segi aliran wang tunai.
3. Firm's income statement pun xpasti smada diorg bgtau kite or x..- sume Bank2 yg berdaftar n perniagaan yg acquire share dr org rmai dia akn declare dlm annual report- pendek kata shareholder perlu tau..
4. Kita langsung tiada kawalan pd pelaburan kita..- duit dh dilaburkan..- ape nak jadi pastu.. kne redha- untung sabut timbul,untung batu tenggelam- mintak dijauhkn.. amin..