Binatang Peliharaan...

Aug 25, 2010

Kisah Rumah Tangga! 1

 

    Semalam balik dah lewat, sampai rumah dah senje... Mentara Guru tengah rilek-rilek kat depan TV 40 inci sambil tangan pegang kertas soalan, minggu ni minggu ujian lagi satu minggu dah start cuti sekolah, jadi minggu-minggu akhir nak cuti camgini memang aktiviti Mentara Guru penuh dengan menaip dan menampal kertas soalan, gua pun pernah terjebak aktiviti riadah sampai larut malam camgini, bila mana Mentara Guru Last-last minit, dah nak bersalin baru nak sound gua kertas soalan tak antar lagi...tapi perut dah berdenyut-denyut tanda mahluk ciptaan Allah nak keluar, apa lagi gua kena buat overtime tak berbayar... takpe! gua teringat sambil gua urut dada tanda sabar.....

Berbalik pada hari yang gua baru sampai tadi... Mentara Guru Sound gua rambut gua dah panjang dah berserabut, nampak tak stylo...kurang macho kata nye.. So okey.. gua belek-belek muka sikit depan cermin hemmm panjang dah... dalam kepalerr otak gua nak gunting rambut kat kedai kerinting rambut Yee Fong tempat Deedee potong itu hari... tapi memandangkan bulan puasa so gua pikir biarlah hari minggu nanti baru gua potong, di kedai Sivagee potong rambut di kedai Sivagee gua rasa lebih afdal memandangkan bulan-bulan puasa kalau potong dengan kaum adam ni adalah lebih aula... lagi pun hari dah nak malam kedai si Sivagee dah nak tutup. Gua syak si Sivagee ni ada pendekatan bersederhana dalam diri, cukuplah sekadar mana yang mana ada, esok cari lagi...selalunye pukul 7 jerr pintu dah tutup rapat takde nak lebh-lebih... gua nengok kedai melayu selagi tak tutup mata kedai pun tak tutup... amal ibadat tuhan jerr yang tahu... tak kaya jugak, itu yang lagi pelik!!!

Bersambung lagi kisah Mentara Guru suruh gua gunting rambut sebab tak nampak staylo dan hensem sebagainye, tetiba anak jantan gua nombor 1 si Danish yang tadi duduk tercanggak depan TV datang rapat dengan gua sambil usap-usap rambut gua, nak bermanja la tu....

Danish: "hemmm.... rambut dah panjang ayah, uban pun dah panjang, banyak jugak rambut putih ni"

Gua: Okey!

Gua bingkas bangun, capai kunci motor kunci kereta gua lempar atas meja...kerusi semua gua sepak nampak sangat gua tergese-gesa jam baru pukul 7.20 gua nak kasi pecah kedai si Sivagee, gua tak kira... apa jadi, jadi lah... gua mesti kasi settle malam ni jugak takbleh potong smart kasi nipis pun dah kira okey!

Kalau gua tak bleh trim kat kedai Sivagee gua nekad nak potong kat kedai Yee Fong biar gua gunting rambut sambil tutup mata atau nak feel lagi gua pakai spek mata hitam....janjiii potongg!!

P/s: Okey gua baca niat bukak puasa 7.30 dalam kedai gunting rambut YeeFong sambil baca niat bukak puasa, sambil jeling amoi baju biru tak cukup kain atas bawah tengah potong rambut gua.......  Biru mata hitam ku....... !

No comments: