Binatang Peliharaan...

May 29, 2014

La tahzan ( Jangan Bersedih)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kepada sahabat-sahabat dan hates-hates blog gua, di harap dalam situwasi sihat dan sejahtera hendaknya.

Dah lama betul Blog gua ni tak update sampai gua serius dah lupa password... nasib fb gua ada lagi masih aktif walau dah nyawa-nyawa ikan... madey-madey... !! 

Gua alhamdulilah masih cam gini cuma saiz seluar dah bertukar dari saiz 32 sekarang 34 kawan-kawan opis kata ok lagi... tp mentara guru kata gua gemuk... so yang mana satu gua nak percaya? 2 saat dari sekarang!!

Dah lama gua tak story mori pasal life gua... pasal kawan2 sekeliling gua ..... ialah mungkin takda orang nak baca pun tapi baru-baru ni gua dah dapat tahu yang Dania anak Sulong gua dah pandai cari blog gua... jadi macam mana lu orang agak-agak apa yang gua rasa.... ? So lepas ni etika menulis gua kena ubah banyak bukan yang biasa-biasa.....

Cerita pasal budak-budak Baby johnson pun akan diolah mengikut kesesuai perkembangan mereka. Dania dah 12 tahun... baru-baru ni dapat naib johan Nasyid peringkat daerah dia jadi lead solo, bagi gua okey la memang dari darjah empat dia dah diasah oleh ustazah dia.... Danish dah 9 tahun dah pandai pergi beli aiskrem sendiri, suatu pencapaian yang baik bagi gua, senang nak suruh pergi kedai beli barang rumah yang mana habis sikit-sikit dan yang paling penting dia dah tak ngopol lagi (kencing malam).. Deedee dah 6 tahun masih jadi budak baik, blom pernah menang kalau main kad pokemon dengan abang dia... Danni yang dulu masih baby sekarang dah 4 tahun dan dah selalu sangat menang kalau begelut dengan abang dia Deedee hemmm.... Mentara guru masih cantek dan bergaya macam dulu-dulu juga, cuma maid gua aje yang dah bertukar 4 orang setiap tahun sorang ada yang kawen... ade yang balik kampung bisnes.

Okeylah setakat ini dulu update gua buat sekian kali... berdoa supaya gua tak malas-malas nak taip keybord untuk update blog gua ni.... kepada yang tak suka baca apa yang gua tulis gua tak kisah... La- Tahzan.....


jumpa lagi di lain posting... bye-bye!!




No comments: